Page 25 - CDEC BULLETIN 2/2022
P. 25
Fesyen Batik De Artportunity
Disediakan oleh : Mastura binti Abu Bakar
Kenapa tema ini di pilih? kerana kelainan
mereka. Kerana mereka komuniti yang De - singkatan bagi DEAF
adakalanya terpinggir dari memiliki hak Artportunity - gabungan
yang sama seperti masyarakat normal perkataan Art & Opportunity
yang lain. Kerana ramainya orang yang
tersalah tafsir tentang kemampuan dan
bakat mereka.
Hari ini menjadi saksi bahawa mereka
tidak perlu dipinggirkan, mereka layak
berganding sama dengan masyarakat
lain nya. Idea dan bakat yang mereka
miliki tidak perlu dipersenda dan
dinafikan.
Mereka perlu diberi ruang dan peluang.
Bagi melihat matlamat ini mampu
dicapai, bukan sedikit tanggungjawab
yang perlu digalas, bukan hanya
tanggungjawab tenaga pengajar tetapi
paling penting kesanggupan pelajar itu
sendiri untuk mencabar diri.
Ada tangis yang terpaksa mengalir, ada
keluh yang tidak terdengar, ada lelah
yang panjang, ada jiwa yang resah
bahkan ada juga sekeping hati yang
terguris tetapi penghujungnya masih ada
sebuah senyuman yang mampu terukir.
Tahniah semua! Syabas! Kamu semua
terbaik. Teruslah kekal bersinar umpama
sebutir permata yang berharga kerana
kamu mampu mengecapi sebuah
kejayaan walaupun dengan cara yang
berbeza.
BULLETIN CREATIVE DESIGN CENTRE | 20
EDITION 2/2022