Page 80 - DHLA
P. 80

DHLA  telah  berjaya  mewujudkan  persekitaran  kerja  yang  'HAPPY'  untuk
           semua  Team  HASiL  Sabah,  menyebabkan  kita  semua  bekerja  bersungguh-
           sungguh  dalam  melaksanakan  tugasan,  itulah  gambaran  En.  Mohd  Sarif
           terhadap  DHLA.  Ujarnya  lagi  DHLA  telah  menunjukkan  contoh  kepimpinan
           yang  terbaik  dalam  menerajui  Team  HASiL  Sabah,  justeru  boleh  dicontohi
           dan  diteladani  oleh  semua.  En.  Mohd  Sarif  menambah,  DHLA  amat  bijak
           dalam  mengambil  hati  Team  HASiL  bagi  memastikan  kita  semua  merasa
           cukup gembira dan bersemangat untuk bekerja di bawah kepimpinan beliau.
           Sikap  'Soft-spoken  person'  tetapi  tegas  dalam  membuat  keputusan  telah
           memberi kesan yang sangat positif kepada pencapaian Team HASiL Sabah
           selama ini.


           Selain  itu,  DHLA  mempunyai  sikap  bertolak-ansur  dan  memahami  serta
           empati terhadap masalah yang dihadapi oleh Team HASiL Sabah, contohnya
           hal-hal  selain  daripada  tugas  hakiki,  seperti  pegawai  yang  berjauhan
           daripada  keluarga,  DHLA  sangat  memahami  keadaan  dan  situasi  tersebut
           bahkan beliau juga pernah mengalami keadaan yang sama dahulu. DHLA juga                                    EN. MOHD SARIF MAHMUD
           merupakan  seorang  pemimpin  yang  mempunyai  perwatakan  dan  gaya                                     CARETAKER LOKALITI TAWAU
           kempimpinan         yang     amat     unik.    Sungguhpun         begitu,     DHLA      tetap      SEKSYEN AUDIT CUKAI SELAIN SYARIKAT
           menggalakkan semangat kerja berpasukan yang tinggi dengan mewujudkan
           suasana bekerja yang 'HAPPY' seperti yang dinyatakan pada awalnya tadi.


           Selain  itu  DHLA  juga  kadang-kalanya  akan  memberi  nasihat  dan  berkongsi
           pengalamam  berkaitan  hal-hal  keibubapaan  seperti  cara-cara  berkesan
           untuk  membesarkan  dan  mendidik  anak-anak,  ini  amat  membantu  untuk
           diijadikan  panduan  dan  teladan  bagi  Team  HASiL  yang  belum  atau  sudah
           berumahtangga.  Akhir  kata,  En.  Mohd  Sarif  mengucapkan  selamat  bersara
           dan ucapan terima kasih atas segala panduan, tunjuk ajar dan peluang yang
           telah diberikan, dan semoga ianya boleh menjadi sebahagian asbab kepada
           DHLA  dan  keluarga  beliau  diberikan  kesihtan  yang  baik,  bertambah  rezeki
           dan dilindungi Allah selalu, Insya-Allah.
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85