Page 75 - DHLA
P. 75
Dr. Muhammad Najib Samad, SOD Seksyen CKHT LHDNM Sabah yang lebih
mesra dipanggil Dr. Najib menyifatkan DHLA merupakan seorang pemimpin
yang begitu baik dan tinggi budi pekertinya. DHLA amat telus dan berterus
terang apabila berkomunikasi, atau dalam sesebuah perbincangan
mahupun semasa menyampaikan amanat beliau kepada Team HASiL
Sabah. Sikap 'low profile' dan sentiasa merendah diri di samping sikap
kebapaan beliau, amat ketara dan menonjol tatkala beliau memberikan
kata-kata nasihat mahupun kata-kata semangat kepada Team HASiL
Sabah.
Kekuatan utama DHLA dapat dilihat melalui sikapnya yang sentiasa terbuka
di samping cara kepimpinannya yang bertolak-ansur, memudahkan proses
kerja dan menggalakkan kerjasama antara seksyen-seksyen di LHDNM
Sabah. DHLA sentiasa memberi ruang dan peluang kepada Team HASiL
Sabah untuk mengemukakan sebarang masalah
YBRS. DR. MUHAMMAD NAJIB BIN SAMAD berkaitan kerja untuk beliau ambil tahu bersama-sama
PENGARAH OPERASI NEGERI berbincang untuk mengatasi masalah yang timbul.
SEKSYEN CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH Selain melalui mesyuarat-mesyuarat yang telah
dijadualkan, Team HASiL Sabah juga diberi peluang dan
kesempatan untuk terus bertemu beliau sekiranya beliau berkesempatan. Peluang seperti ini amat dihargai
oleh Team HASiL Sabah dan sering bertemu beliau di pejabatnya bagi menyampaikan masalah atau hajat di
hati, mahupun mendapatkan khidmat nasihat daripada beliau.
Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh Dr. Najib adalah pada ketika beliau tidak melaporkan suatu
permasalahan kepada DHLA disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak disengajakan. Namun, setelah DHLA mengetahui
perkara sebenar, dan mendapat penjelasan daripada Dr. Najib sendiri, DHLA tidak berkecil hati malah memaafkan
kesilapan tersebut dengan hati yang terbuka, malah terus memberi nasihat yang sangat berguna. Dr. Najib amat terharu
dan merasakan sikap DHLA adalah persis seorang ayah yang sentiasa mahu yang terbaik untuk anak-anaknya, dan inilah
yang diterapkan oleh DHLA terhadap semua pegawai di bawah seliaannya dan keseluruhan Team HASiL Sabah. Dr. Najib
amat berharap agar cara kepimpinan yang ditunjukkan oleh DHLA dapat diteruskan oleh pengganti beliau kelak, dari
segala aspek kepimpinan terbaik yang telah ditunjukkan oleh DHLA merangkumi kaedah berkomunikasi, serta
kepimpinan yang bersifat empati dan telus. Dr. Najib turut menyatakan akan sentiasa mendoakan kesihatan baik buat
DHLA dan seluruh ahli keluarga beliau, sentiasa berada dalam Rahmah Tuhan, dilimpahi rezeki yang banyak, berbahagia
selalu serta dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat kelak, Insya-Allah.