Page 71 - DHLA
P. 71
Sangat bermotivasi dalam setiap usaha mengemudi Team HASiL
Sabah, DHLA adalah seorang pemimpin yang sangat berwibawa.
Inilah pandangan dan pemerhatian En. Abdul Rahman terhadap
beliau, di sepanjang berada di bawah teraju DHLA. En. Abdul
Rahman amat teruja dengan kaedah pengurusan DHLA yang
sangat mengambil kira pandangan akar umbi dalam setiap
keputusan yang hendak dibuat, dan ia wajar dicontohi oleh Team
HASiL Sabah.
DHLA sangat memahami dan sentiasa memberi motivasi ke arah
pencapaian rekod prestasi yang cemerlang. Di samping itu, En.
Rahman juga berpendapat DHLA sangat peramah dan bertoleransi
dalam melaksanakan tanggungjawab beliau. Ini telah mendorong
kepada Team HASiL Sabah untuk melaksanakan tugas tanpa
EN. ABDUL RAHMAN @ YUSSOF BIN RASID sebarang tekanan dalam usaha untuk mencapai sasaran dan KPI
PENGARAH OPERASI NEGERI yang telah ditetapkan oleh organisasi. Natijahnya, LHDNM Sabah
SEKSYEN AUDIT CUKAI PENGGAJIAN & MAJIKAN telah berjaya melakar sejarah berulang-kali memecah rekod
pencapaian terbaik diperingkat cawangan, lokaliti mahupun di
peringkat negeri. Ketika En. Abdul Rahman mengetuai Cawangan
Sandakan sebagai contohnya, Cawangan Sandakan telah
mencatat prestasi unggul dengan kutipan tertinggi pada Tahun
2022 berbanding tahun-tahun sebelumnya.
En. Abdul Rahman amat berharap agar pengganti DHLA kelak
dapat meneruskan legasi pencapaian cemerlang seperti yang
telah dicapai oleh DHLA semasa mengemudi Team HASiL Sabah.
Nasihat dan pandangan jauh beliau perlu dijadikan pedoman
menjadi panduan dalam mengemudi Team HASiL Sabah dalam apa
jua keadaan dan rintangan yang bakal mendatang.