Page 70 - DHLA
P. 70

En. Saharin memulakan bicara dengan merujuk kepada sebuah buku bertajuk, 'No
                                                               Rules Rules: Netflix and The Culture of Reinvention' hasil tulisan Reed Hasting (CEO
                                                               Netflix).  Menurut  En.  Saharin,  banyak  ciri-ciri  kepimpinan  yang  dinyatakan  oleh
                                                               penulis buku tersebut, wujud pada DHLA. Diantara kekuatan DHLA yang terdapat
                                                               di  dalam  buku  tersebut  adalah,  DHLA  merupakan  seorang  pemimpin  yang  suka
                                                               mendengar  dan  menerima  pandangan  semua  orang,  sama  ada  di  peringkat
                                                               pegawai  mahupun  sokongan,    meletakkan  kepercayaan  yang  tinggi  kepada
                                                               pegawai  seliaannya  ketika  melaksanakan  tugas  yang  telah  diamanahkan.  DHLA
                                                               juga  dilihat  mempunyai  hubungan  yang  sangat  baik  dengan  pengurusan  atasan
                                                               mahupun  dengan  agensi-agensi  penguatkuasaan  di  luar  organisasi.  Ini
                                                               memberikan kelebihan kepada LHDNM Sabah dan mudah untuk berurusan dengan
                                                               agensi-agensi  tersebut  untuk  urusan  kerja  mahupun  untuk  mendapatkan
                                                               maklumat-maklumat terperingkat daripada pihak ke-3.


                                                               Dengan  memetik  kata-kata  Buya  Hamka  iaitu,  "Ciri  seorang  pemimpin  itu  baik
                                                               akan tampak dari: Kematangan peribadi, buah karya (Idea), serta integrasi antara
                                                               kata dan perbuatanya", En. Saharin menyifatkan DHLA amat sinonim dengan ciri-
                                                               ciri tersebut, kerana DHLA sering memberikan kata-kata motivasi dan menitipkan
                                                               doa pada setiap pagi kepada kami, sebagai persiapan sebelum kami memulakan

                               EN. SAHARIN BIN ALIAS                      tugas dan bekerja. Doa dan kata-kata motivasi yang dinukilkan oleh DHLA
                           PENGARAH OPERASI NEGERI                        di  Group  Whatsapp  SOD/Caretaker  LHDNM  Sabah  setiap  pagi  amat
                       SEKSYEN PERISIKAN DAN PROFILING                    ringkas tetapi padat dengan kata-kata nasihat dan memberi kesan yang
                                                                          mendalam ke lubuk sanubari, agar kita bekerja dengan iklhas demi agama
                                                                          dan negara, ujarnya lagi.

           En. Saharin juga bersetuju bahawa DHLA telah berjaya mewujudkan budaya kerja yang positif dan berkualiti dengan sokongan
           dan kerjasama Team HASiL Sabah, bersesuaian dengan petikan daripada kata- kata Steve Job, 'Great things in business are
           never done by one person; they're done by a team of people'. Ini telah dibuktikan dengan pencapaian hebat LHDNM Sabah di
           sepanjang DHLA menerajui LHDNM Sabah. En. Saharin juga memberikan pandangan bahawa, setiap pemimpin mempunyai
           cara atau gaya kepimpinannya yang tersendiri. Beliau berharap agar bakal pengganti DHLA kelak dapat menyambung dan
           meneruskan  ciri-ciri  kepimpinan  yang  positif,  mempunyai  sikap  keterbukaan  dan  sedia  untuk  memberikan  kepercayaan
           kepada pegawai-pegawai di bawah seliaanya.


           En. Saharin juga amat berterima kasih kepada DHLA sambil menyifatkan kehadiran DHLA ibarat “Seperti air putih, meskipun
           tidak  mewah  tapi  sangat  bererti,  walaupun  kelihatan  sederhana,  tapi  sangat  berguna  dan  banyak  memberi  manfaatnya
           dalam kehidupan".
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75