Page 72 - DHLA
P. 72
Sambil menggambarkan DHLA amat ajaib dan mengagumkan, DHLA juga
adalah seorang pemimpin yang bijaksana dan berwibawa, justeru En. Mazlan
berasa sangat beruntung beroleh pengalaman kerja yang luar biasa di
bawah kepimpinan DHLA. Beliau telah menunjukkan kepada En. Mazlan
bagaimana seorang pemimpin yang hebat memimpin dan menerajui LHDNM
Sabah. DHLA pada pandangan En. Mazlan adalah seorang pemimpin yang
tegas, cepat membuat keputusan dan mudah dibawa berbincang dalam
menyelesaikan isu/masalah yang timbul. Kekuatan ini mengikat kasih yang
utuh antara DHLA dan Team HASiL Sabah. Beliau memberi arahan dengan
jelas dan penuh motivasi sehingga ia memberikan impak yang besar buat
diri En. Mazlan sendiri.
Kata-kata dorongan, bimbingan dan nasihat DHLA telah memberikan
inspirasi kepada En. Mazlan untuk menjadi seorang pemimpin yang
berwibawa seperti beliau. Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan
adalah pengalaman DHLA yang sentiasa memberi tunjuk ajar, kepercayaan
dan peluang untuk membuat keputusan. DHLA juga telah membuka minda
dan persepsi En. Mazlan berkaitan sukan golf, sehinggakan En. Mazlan
sendiri mengikuti jejak langkah DHLA untuk bermain golf. Di sepanjang
menceburi sukan golf, DHLA sentiasa memberikan nasihat dan berkongsi
falsafah yang ada di dalam sukan golf itu sendiri. Antaranya ialah berkaitan
dengan strategi, kesabaran dan semangat tidak cepat berputus asa dalam
setiap misi, objektif dan halatuju yang ingin dicapai.
En. Mazlan juga menambah, DHLA telah meletakkan penanda aras yang
tinggi buat Pengarah HASiL Sabah yang akan dilantik selepas ini. Bakal
EN. MAZLAN BIN MANDIN pengganti DHLA perlulah sentiasa menyemaikan semangat kerjasama, saling
PENGARAH OPERASI NEGERI hormat menghormati, dan bantu-membantu di kalangan semua Pengarah
SEKSYEN PUNGUTAN Seksyen Operasi Negeri. Akhir bicara, En. Mazlan berharap agar DHLA
selepas daripada persaraan beliau agar, 'walau hilang di mata di hati jangan'.
Terlalu banyak kenangan manis yang En. Mazlan perolehi sepanjang
berkhidmat di bawah kepimpinan DHLA. Selamat bersara kepada DHLA yang
dianggap sebagai “Abang”. Insya Allah, panjang umur bersua lagi.