Page 69 - DHLA
P. 69

Pada  asasnya,  sesebuah  organisasi  yang  dinamik  dan  berjaya  memiliki  barisan
           kepimpinan  yang  merangka  dan  menyusun  perancangan  strategik  dan  halatuju
           yang jelas serta mudah difahami. Gaya dan kualiti kepimpinan seorang pemimpin
           itu  yang  menjadi  faktor  penentu  kejayaan  (critical  success  factor)  khususnya
           elemen budaya kerja di sesebuah organisasi tersebut.


           Secara keseluruhannya,  En. Fahmi mengakui bahawa pengalaman bertugas selama
           10  bulan  di  bawah  kepimpinan  DHLA  adalah  antara  yang  terbaik  sepanjang
           perkhidmatan beliau 24 tahun bertugas di LHDNM. Bertugas di bawah kepimpinan
           DHLA merupakan satu pengalaman yang menarik dan seronok terutamanya apabila
           En. Fahmi dapat melihat bagaimana DHLA secara tidak langsung menerapkan suatu
           suasana budaya kerja yang tenang, persekitaran yang kondusif dan saling hormat
           menghormati antara satu sama lain. En. Fahmi menyifatkan DHLA adalah seorang
           pemimpin  yang  meletakkan  kepercayaan  total  kepada  barisan  kepimpinan
           Pengarah  Operasi  Negeri  (SOD)  untuk  mengurus,  mentadbir,  merancang  dan
           melaksanakan  tugasan  harian  di  Seksyen  masing-masing.  Dari  perspektif
           keperibadian  pula  En.  Fahmi  berpendapat  bahawa  DHLA  sebagai  seorang                                      MD FAHMI BIN MD SAID
           pemimpin, memiliki hubungan (networking) yang luas dan baik dengan pihak luar                                  PENGARAH OPERASI NEGERI
           khususnya  di  pihak  Istana  Negeri  Sabah  mahupun  di  peringkat  Kerajaan  Negeri                               SEKSYEN SIASATAN
           Sabah.  Menilai  DHLA  sebagai  seorang  sahabat  pula,  En.  Fahmi  menggambarkan
           perwatakan dan keperibadian DHLA amat disenangi oleh semua dan tidak hairanlah
           beliau  memiliki  ramai  kenalan  disebabkan  oleh  keperibadian  beliau  yang  sedia
           membantu dan memudahkan urusan orang lain di samping amat pemurah, antara
           sifat yang disenangi dan disukai oleh semua yang mengenali beliau ujar En. Fahmi
           lagi.


           En.  Fahmi  amat  berterima  kasih  kepada  DHLA  atas  kepercayaan  yang  diberikan
           untuk melaksanakan tugas sebagai SOD. Ternyata ia banyak membantu En. Fahmi
           dalam  mengurus,  mentadbir  dan  membuat  keputusan  yang  bijak  serta  peka
           dengan persekitaran di dalam mahupun di luar pejabat. Kata -kata akhir En. Fahmi
           buat DHLA, “Be yourself, always be positive and happy, lead us to the very best level
           of achievement. We always be with you.”
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74