Page 73 - DHLA
P. 73

DHLA  dilihat  bukan  sahaja  sangat  berpengalaman  dan  berpengetahuan
           tinggi  di  dalam  bidang  tugasnya  sebagai  Pengarah  Negeri  HASiL  Sabah,
           bahkan  beliau sangat handal dalam menguruskan manusia atau 'People's
           management'.  En.  Hairul  mendapati,  DHLA  mempunyai  kebolehan  atau
           'skill'  ini  iaitu  suatu  kebolehan  yang  amat  kritikal  apabila  memegang
           jawatan sebagai Pengarah Negeri/ Pengarah Operai Negeri/ Caretaker. En.
           Hairul amat bersyukur kerana dapat belajar daripada pengamatan beliau
           terhadap  cara  kepimpinan  yang  telah  ditunjukkan  oleh  DHLA.  Tentunya
           kebolehan  DHLA  ini  adalah  bersandarkan  kepada  pengetahuan  dan
           pengalaman yang ditimba oleh beliau semasa bekerja bertahun lamanya.


           En.  Hairul  berpandangan  bahawa  DHLA  merupakan  seorang  yang  telus
           dalam  membuat  keputusan,  tidak  jemu  memberikan  nasihat  bagi
           menambahbaik  di  mana  ada  ruang  yang  perlu  ditambahbaik.  Ini
           menjadikan tugasan harian dan peranan sebagai SOD lebih mudah kerana
           adanya  keputusan  yang  “real  time”  di  samping  nasihat-nasihat  ke  atas
           keputusan  yang  akan,  sedang  dan  telah  dilaksanakan  di  peringkat  SOD
           membantu menambahbaik penyampaian perkhidmatan kepada lokaliti. Ini
           sangat membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi dalam                                   EN. HAIRUL ANUAR BIN SAMSUDIN
           masa  yang  singkat  dan  mewujudkan  suasana  dan  hubungan  yang  baik                                PENGARAH OPERASI NEGERI
           antara  SOD  dan  pegawai  di  lokaliti  kerana  kepantasan  keputusan  yang                         SEKSYEN ANTARABANGSA LABUAN
           diberikan oleh SOD hasil dari input DHLA.


           Selain itu DHLA sentiasa memastikan hubungan yang baik terjalin antara
           Team HASiL Sabah. Hubungan yang baik dan akrab dan sikap keterbukaan
           DHLA  bersama  Team  HASiL  Sabah  telah  memberikan  semangat  yang
           luarbiasa     dalam      memastikan         apa     yang     direncanakan        tercapai
           sepenuhnya. Tidak dilupakan DHLA telah mewujudkan, mempertahankan,
           merealisasikan  penubuhan  Seksyen  Antarabangsa  Labuan  (SAL),  justeru
           telah memberikan kepercayaan yang sepenuhnya kepada En. Hairul untuk
           menerajui SAL, satu seksyen di LHDNM Sabah yang tidak wujud di negeri-
           negeri yang lain. Kepercayaan DHLA kepada En. Hairul telah membuahkan
           hasil apabila SAL telah berjaya melakar sejarah pencapaiaan kutipan cukai
           melebihi RM1 Billion.
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78