Page 78 - DHLA
P. 78

En.  Kamarulzaman  (lebih  disenangi  dengan  panggilan  En.  Kama)
                                                                                mula  bekerja  di  bawah  kepimpinan  DHLA  pada  awal  tahun  2023
                                                                                setelah  dinaikkan  pangkat  dan  ditukarkan  ke  LHDNM  Sabah,
                                                                                sebagai  Pengarah  Operasi  Negeri  Seksyen  Undang-undang.  En.
                                                                                Kama  menyifatkan    DHLA  merupakan  seorang  pemimpin  yang
                                                                                sangat  baik,  bertolak  ansur  dan  amat  bertimbang  rasa,  serta
                                                                                banyak  membantu  dalam  memberikan  pendapat  dan  cadangan
                                                                                yang  diperlukan  terutama  dalam  hal-hal  pentadbiran  Seksyen
                                                                                Undang-Undang LHDNM Sabah.


                                                                                Kekuatan  utama  DHLA  yang  dapat  dikongsikan  oleh  En.  Kama
                                                                                adalah DHLA merupakan seorang pemimpin yang berani membuat
                                                                                keputusan.  DHLA  juga  dilihat  sebagai  seorang  yang  yang  amat
                                                                                tenang  dalam  melaksanakan  arahan  dan  tindakan.  Ciri-ciri  ini
                                                                                banyak  membantu  pegawai-pegawai  di  bawah  seliaan  dan
                                                                                keseluruhan  Team  HASiL  Sabah  dalam  melaksanakan  tugas  dan
                                                                                tanggungjawab  masing-masing.  DHLA  juga  merupakan  seorang
                   EN. MOHD KAMARULZAMAN MOHAMED NOOR                           yang mudah didekati dan sentiasa memberikan ruang kepada SOD
                              PENGARAH OPERASI NEGERI                           untuk berjumpa secara bersemuka dengan beliau. Ini memudahkan
                              SEKSYEN UNDANG-UNDANG                             kerja-kerja     SOD      terutamanya        sekiranya      keputusan       segera
                                                                                diperlukan bagi sesuatu kes, ujar En. Kama lagi.


                                                                                Walaupun  tempoh  bersama  DHLA  agak  singkat,  tidak  sampai
                                                                                setahun,     secara      peribadinya       En.   Kama      amat      menghargai
                                                                                pengalaman  bersama  DHLA.  Antara  pengalaman  yang  menjadi
                                                                                kenangan  manis  En.  Kama  adalah  sewaktu  beliau  bersama-sama
                                                                                DHLA dalam Program Jelajah HASiL Negeri Sabah. Disitulah En. Kama
                                                                                dapat  melihat  kegigihan  seorang  pemimpin  seperti  DHLA  turut
                                                                                bersama-sama  turun  padang  bagi  menjayakan  program  tesebut.
                                                                                En.  Kama  mengucapkan  'Selamat  Bersara'  kepada  DHLA  dan  akan
                                                                                sentiasa mendoakan beliau sentiasa diberikan kesihatan yang baik
                                                                                dan berpanjangan serta sentiasa bahagia di samping keluarga.
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83