Page 77 - DHLA
P. 77
Assalamu'alaikum Wrt. Wbt.
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani,
Salam Sabah Maju Jaya,
Yang saya hormati lagi saya kasihi,
YBhg. Datuk Hajam Lajah Alam,
Pengarah HASiL Negeri Sabah,
Sesungguhnya, dalam menghitung waktu yang saban hari menghampiri
hari persaraan YBhg. Datuk ini, saya ingin merakamkan ucapan
penghargaan yang amat mendalam kepada YBhg. Datuk. IKMAL RASHMY BIN ISMAIL
PENGARAH OPERASI NEGERI
Pertamanya, atas kepimpinan YBhg. Datuk yang amat luar biasa dan SEKSYEN KEWANGAN
sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kami semua, Team HASiL
Sabah.
Dedikasi YBhg. Datuk kepada Team HASiL Sabah telah menjadi inspirasi kepada kami semua. Kebijaksanaan, kebaikan
dan tunjuk ajar YBhg. Datuk selama memimpin kami, telah meninggalkan kesan mendalam, yang tidak mungkin dapat
dilupakan oleh setiap daripada kami.
Tidak dinafikan, kami akan sentiasa merindui keberadaan dan kehadiran YBhg. Datuk di pejabat, merindui kata-kata
nasihat, gurauan senda dan usik-mengusik antara YBhg. Datuk dengan kami semua. Seperti Di dalam bait-bait lagu,
Tiada lagi ku dengar kidungmu,
Tiada lagi derai tawamu,
YBhg. Datuk, tentunya masa depan YBhg. Datuk selepas daripada ini, akan penuh dengan pengembaraan dan peluang-
peluang yang baharu, di samping bermain golf sebagai aktiviti utama. Semoga persaraan ini menjadi permulaan
kepada episod yang menarik dalam hidup YBhg. Datuk, semoga ia sentiasa dipenuhi dengan kegembiraan, keceriaan,
serta detik-detik dan momen yang indah hendakNya.
Akhir kata. Tahniah, dan berbilion terima kasih atas segala sumbangan YBhg. Datuk kepada kami, kepada organisasi,
yang sememangnya amat luar biasa. YBhg. Datuk akan sentiasa kami rindui, namun ikatan persaudaraan dan ingatan
diminda akan sentiasa kekal, selagi hayat dikandung badan. Insya-Allah