Page 74 - DHLA
P. 74
‘He's Awesome'
, itulah ayat pertama yang keluar daripada mulut En. Mohd Razli Mohamad
Ali, SOD Seksyen Khidmat Pelanggan LHDNM Sabah, apabila ditanya berkenaan pandangan beliau
terhadap DHLA. En. Razli menggambarkan DHLA sebagai seorang pemimpin yang amat
memberikan kerpercayaan yang sepenuhnya kepada pegawai-pegawai di bawah seliannya dalam
melaksanakan tugas. Beliau juga menyifatkan DHLA sentiasa melihat kehadapan dan bersikap
positif kepada semua keadaan. Perwatakkan DHLA yang berlemah-lembut namun tetap tegas
mengikut keadaan. DHLA juga tidak lokek dalam berkongsi pengalaman dan sentiasa memberi
tunjuk ajar untuk pembangunan kompetensi pegawai. Bersikap sangat 'fartherly' dalam
berkomunikasi tentunya mebuatkan setiap pegawai akan sentiasa berusaha untuk membuat
yang terbaik melebihi pencapaian 100%, ujarnya lagi.
DHLA juga dilihat sebagai seorang sahabat yang tidak akan pernah melupakan sahabat-
sahabatnya yang lain dan akan sentiasa meraikan perbezaan masaing-masing sekiranya
ada. Sikap bertoleransi dan percaya kepada kerja secara berpasukan atau 'teamwork' telah
meletakan LHDNM Sabah mencipta pencapaian kutipan yang tertinggi dan melakar sejarah
di sepanjang kepimpinan beliau. Pengaruh kepimpinan DHLA juga dilihat amat jitu dan
padu, justeru menjadi inspirasi kepada setiap pegawai sama ada dari aspek sosial,
komunikasi, kecekapan dan sikap toleransi beliau yang sangat tinggi.
Justeru, En. Razli amat mengharapkan kepimpinan yang seterusnya mampu untuk
menandingi DHLA bagi meneruskan rentak dan irama yang telah digarapkan oleh EN. MOHAMAD RAZLI MOHAMAD ALI
DHLA di sepanjang kepimpinan beliau. DHLA juga merupakan seorang pemain golf PENGARAH OPERASI NEGERI
yang handal. En. Razli sendiri turut berpeluang mengiringi DHLA bermain golf di SEKSYEN KHIDMAT PELANGGAN
waktu-waktu yang terluang mahupun semasa pertandingan golf. Di kesempatan itu
DHLA sering memberikan nasihat bahawa Golf adalah suatu permainan yang
mengajar erti perjalanan kehidupan. Golf bukan sekadar permainan sukan yang biasa
tetapi mempunyai falsafah tersendiri, antaranya ialah, mencapai kejayaan adalah
sesuatu yang manis namun kita jangan cepat mengalah apabila menghadapi cabaran
atau kegagalan. Berfikirlah dan berusahalah untuk mencari jalan, bagaimana
mengatasinya kerana pilihan adalah di tangan kita dan akan tetap ada, rakan-rakan
seperjuangan yang sentiasa menyokong kita dari belakang. Setiap kali berjalan
bersama-sama En. Razli di padang golf, DHLA sentiasa mengingatkan agar sentiasa
fokus dan tidak bersikap terburu-buru. Sabar adalah kunci kepada kejayaan dan
syukur adalah nikmat dalam setiap pengalaman hidup.
Di akhir perbualan kami, En. Razli mengucapkan selamat bersara kepada DHLA dan
mohon agar dihalalkan segala ilmu, pengalaman dan tunjuk ajar yang telah diberikan
untuk kita semua yang akan meneruskan perjuangan dan semoga DHLA sentiasa
dalam redha ALLAH SWT bersama keluarga tercinta.