Page 79 - DHLA
P. 79
Puan Hartini mula berkerja di bawah kepimpinan DHLA pada tahun 2015.
Pada pengamatan Puan Hartini, DHLA memberi kepercayaan penuh
kepada pegawai untuk melaksanakan tugas-tugas mengikut portfolio
masing-masing di samping tiada tekanan diberikan. Ini menunjukkan
bahawa DHLA yakin dengan kebolehan pegawai di samping percaya
bahawa setiap tugas akan dilakukan sehabis baik. Kekuatan DHLA pada
hemat Puan Hartini adalah DHLA dapat melahirkan ramai pemimpin muda
di sepanjang beliau menjadi Pengarah Negeri HASiL Sabah. LHDNM Sabah
dilihat mempunyai ramai pemimpin yang berkaliber dan telah dilatih untuk
menjadi pemimpin di masa hadapan (future leader). DHLA juga
berkomunikasi secara terus/langsung dengan Team HASiL Sabah
sekiranya ada sebarang pemasalahan atau maklumbalas yang perlu
diselesaikan seberapa segera. Dalam menyelesaikan sebarang isu Puan
Hartini dapat melihat bahawa DHLA akan memastikan komunikasi berlaku
secara dua hala dan segala keputusan dibuat dengan adil dan tidak
menjejaskan mana-mana pihak.
DHLA pernah berpesan kepada Puan Hartini bahawa, kita tidak dapat
memuaskan hati semua pihak dan sudah pasti ada yang tidak menyukai
kita atau tidak sependapat dengan kita. Walau bagaimanapun, sekiranya
kita berjaya membuat sekurang-kurangnya 60-70% daripada keseluruhan
jumlah pegawai kita bersetuju dan selesa dengan kita, itu sudah perkara
yang baik dan teruskan melalukan perkara yang baik-baik, tambahnya lagi.
DHLA juga sentiasa menasihati Team HASiL Sabah untuk bersatu hati
dalam merealisasikan matlamat/KPI pengurusan kerana kejayaan
bukanlah milik beliau seorang tetapi milik bersama iaitu milik Team HASiL
HARTINI @ YANTIE BINTI MATUSIN Sabah.
PENGARAH OPERASI NEGERI
SEKSYEN DUTI SETEM Puan Hartini juga berpendapat bahawa DHLA mampu melihat potensi
seseorang dengan melihat kepada kesungguhan, komitmen, kemampuan
memikul tanggungjawab dan menyesuaikan diri dengan suasana kerja
yang baru. Ini adalah antara potensi diri yang dilihat oleh DHLA membantu
dalam perkembangan karier dan professional Puan Hartini di LHDNM
Sabah. Akhir bicara daripada Puan Hartini buat DHLA, "Thank you for being
the greatest leader, teacher, mentor and friend. You are one of the
greatest people I have had the pleasure of working with and I am so
grateful. Thank you for everything you did and wishing you a life full of
success and happiness. You will be greatly missed !!"