Page 68 - DHLA
P. 68
YBhg. Datin Dayang Halimah (DDH) amat bersetuju bahawa DHLA merupakan
seorang pemimpin yang berwibawa dalam mengetuai organisasi. Dalam ketegasan
kepimpinan, DHLA dilihat amat prihatin terhadap kebajikan Team HASiL Sabah.
DDH menyifatkan DHLA mempunyai wawasan yang jelas dan memiliki keyakinan
yang tinggi. DHLA juga amat bersikap terbuka dan sentiasa bersedia untuk duduk
berbincang bersama-sama, mendengar pandangan dan buah fikiran Team HASiL
Sabah, dalam menentukan hala tuju organisasi. Sikap terbuka dan sudi berbincang
ini juga telah banyak memberi ruang kepada DDH untuk memberi pendapat dan
seterusnya memudahkan DDH untuk menjalankan tugas.
Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh DDH adalah ketika beliau
ditimpa musibah kebakaran rumah keluarganya di Tawau, DHLA merupakan
insan yang pertama membantu DDH pada ketika itu. DHLA juga mengamalkan
nilai-nilai etika dan moral yang tinggi dalam setiap keputusan dan tindakan
agar menjadi teladan yang baik bagi Team HASiL Sabah. DDH berpandangan
bahawa DHLA merupakan seorang yang kreatif dan inovatif dalam membantu
Team HASiL Sabah untuk mengadaptasi setiap perubahan yang berlaku di
dalam organisasi.
Satu hal yang unik pada tanggapan DDH terhadap DHLA adalah
beliau sering menggunakan ayat “bukan penakut tapi tidak berani”.
Walaupun ayat ini digunakan dalam konteks gurauan, tetapi bagi
DDH ia mencerminkan keperibadian DHLA untuk mengambil langkah
berhati-hati terhadap sebarang keputusan yang hendak dibuat agar
ia adil serta dengan justifikasi yang kukuh. DDH merakamkan ucapan
penghargaan kepada DHLA atas jasa yang telah dicurahkan kepada
Team HASiL Sabah dan kepada organisasi sambil mengucapkan
selamat menempuh fasa persaraan. Semoga persaraan DHLA kelak
akan penuh dengan kebahagiaan, diberikan kesihatan yang baik dan
peluang menikmati hari yang indah bersama keluarga tercinta.
Y.BHG. DATIN DAYANG HALIMAH BINTI AWANG AHMAD
PENGARAH OPERASI NEGERI
SEKSYEN AUDIT CUKAI SYARIKAT & SELAIN SYARIKAT