Page 21 - INOVASI DAN 3 KAJIAN TINDAKAN
P. 21

Tajuk:
                   Meningkatkan Kemahiran
                   Menulis Jawi dengan menggunakan kaedah TULIN ( Modul Tulis dan Ingat )

                   Guru pengkaji :
                   AHMADAN BIN GHAZALI - Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Matang, 34750
                   Matang, Perak.( 2005 - sekarang )
                   Latar Belakang Kajian:

                   SMK Matang merupakan sebuah sekolah yang terletak 9 km ke timur bandaraya bersejarah Taiping, Perak dan
                   terletak 5.5 km ke barat Kuala Sepetang yang dahulunya dikenali sebagai Port Weld. Sekolah ini
                   dikategorikan sebagai sekolah luar bandar dan rata-rata pelajarnya terdiri daripada anak-anak nelayan, buruh
                   kasar, kakitangan kerajaan, peneroka FELDA, petani dan peniaga iaitu dari kumpulan sederhana dan miskin.
                   Oleh kerana prestasi pelajar adalah sederhana maka pelajar kurang daya saing dalam meningkatkan prestasi

                   pembelajaran mereka.
                   Pengajian mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan salah satu aset penting dalam kehidupan  harian.
                   Bilangan pelajar sekolah ini berjumlah 955 orang yang terdiri dari pelajar Melayu, Cina dan India. Pelajar

                   Islam di sekolah ini seramai 378 orang. Pencapaian baik dalam mata pelajaran ini akan memudahkan laluan ke
                   menara gading dan seterusnya menjana sahsiah terpuji dalam pekerjaan nanti. Walau bagaimanapun tidak
                   begitu ramai pelajar SMK Matang mencapai keputusan cemerlang (A) bagi
                   mata pelajaran ini dalam peperiksaan PT3 dan SPM. Ini disebabkan oleh kelemahan pelajar terutamanya dalam
                   menjawab soalan berbentuk menjawikan perkataan rumi.

                   Kajian ini dilaksanakan kepada murid yang sederhana dan lemah dalam al-Quran dan jawi, atas dasar ini satu
                   kajian dari skop yang kecil dilaksanakan bagi meningkatkan penguasaan jawi dalam mata
                   pelajaran Pendidikan Islam di sekolah ini.
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26