Page 22 - INOVASI DAN 3 KAJIAN TINDAKAN
P. 22
PROGRAM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT
SEKOLAH 2018M=1439H
PROPOSAL
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS DAN
MENGINGAT DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH
TULIN
Pendidikan Islam merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting untuk
melahirkan generasi yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia. Dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam banyak menggunakan kaedah BACA, HAFAL,
INGAT, APLIKASI dan memahami sesuatu isi pelajaran. Pengetahuan
berkaitan dengan JAWI terutamanya BACAAN DAN TULISAN amat
dititikberatkan. Justeru,satu kajian telah dilakukan terhadap lima belas orang
murid yang di dapati amat lemah yang dikenalpasti tidak menguasai asas-asas
bacaan dan tulisan jawi.
Tinjauan Awal yang dilakukan adalah melalui sesi soal jawab, temu bual
bersama murid, latihan bertulis dan ujian pra. Hasilnya didapati 15 % murid
tidak menjawab soalan jawi peringkat SPM sedangkan mereka tahu terdapat
soalan ini dalam peperiksaan umum. Markah kemahiran ini walaupun sedikit
hanya 10 markah tetapi ianya mempengaruhi untuk mendapat markah tertinggi
dalam Pendidikan Islam. Bagi mengatasi masalah ini, satu kajian
menggunakan model khas iaitu TULIN (tulis dan ingat) dihasilkan yang
berfungsi membantu murid-murid meningkatkan ingatan dan kefahaman
mereka terhadap perkara-perkara asas penulisan jawi, murid akan mendapat
markah walaupun satu kalimat berjaya ditulis dengan betul. Murid yang
terlibat diberi bimbingan selama 2 minggu mengikut aktiviti yang
dirancangkan. Hasil ujian pos yang diperolehi selepas menggunakan TULIN
menunjukkan prestasi murid semakin meningkat.