Page 23 - INOVASI DAN 3 KAJIAN TINDAKAN
P. 23
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Murid Tingkatan 5 yang terpilih boleh dikategorikan berada pada tahap sederhana dan lemah dalam menulis
jawi. Namun begitu, masalah yang dihadapi adalah dalam kalangan mereka ada yang berada pada tahap lemah,
dan perlu bimbingan. Apa yang dimaksudkan lemah ialah, mereka lambat mengingat dan mudah lupa kalimah-
kalimah jawi yang diberikan malah ada kalanya mereka langsung tidak dapat menulis walaupun satu huruf.
Daripada pemerhatian, apabila sesi soal jawab dijalankan berkaitan tulisan jawi terhadap 10 orang murid ini
terdapat tujuh orang murid lemah menjawab dengan tepat. Apabila ditanya kepada murid ini mengapa
mereka tidak dapat menjawab soalan tersebut, tiga orang daripada mereka menjawab, “saya sudah cuba hafal,
tetapi tidak ingat langsung” manakala dua orang murid lagi menjawab “saya malas nak tulis sebab tulisan tidak
cantik” dan ada yang memberitahu kami tidak pernah belajar mengaji di kampung, kami lemah sejak sekolah
rendah lagi. Apabila diberi latihan bertulis, tujuh dari sepuluh orang murid ini gagal membuat tugasan yang
diberikan. Apabila ujian bulanan atau peperiksaan dijalankan, murid ini juga selalu gagal menjawab bahagian
tulisan jawi. Setelah diamati murid ini, mereka sukar untuk mengingati tulisan dan sudah terlambat untuk
dimulai semula dari ‘alif’ hingga ‘ya’. Apabila buta jawi boleh dikategorikan juga buta Al-Quran, secara tidak
langsung boleh mempengaruhi akhlak individu itu sendiri.
2.0 Fokus Kajian
Ujian telah diadakan kepada 10 orang pelajar Sebahagian daripada mereka boleh membaca dan menulis dengan
baik dan sebahagian lagi masih perlu dibimbing. Dalam ujian tersebut, ramai murid tidak mengingat tulisan
dengan tepat.
1. Objektif Kajian
2. Objektif Am
Secara amnya kajian tindakan ini adalah untuk membantu murid mengenal, berfikir dan mencuba dalam
kemahiran mengingat dan mahir menulis dengan betul.
2. Objektif Khusus
1. Membantu murid mengenal pasti perkara-perkara yang asas dalam bacaan dan tulisan.
3.2.2 Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.
4.0 Kumpulan Sasaran
Seramai sepuluh orang murid Tingkatan 5, lapan orang pelajar lelaki dan dua orang murid perempuan.
1. Pelaksanaan Tindakan
2. Tinjauan Masalah
Untuk menyediakan kajian tindakan ini, beberapa kaedah telah digunakan bagi mengenalpasti masalah, iaitu
dengan menggunakan Kaedah Pemerhatian, Soal Selidik , Ujian Pra dan Kursus Kemahiran Jawi.