Page 26 - INOVASI DAN 3 KAJIAN TINDAKAN
P. 26

4. Pelaksanaan Tindakan
                   1.   Aktiviti 1 : Latihan mengenal huruf
                   Guru mengedarkan buku panduan 30 kalimat asas untuk disemak dan salin semula.
                   Disertakan panduan huruf jawi , padanan huruf awal tengah dan akhir, latihan modul 15 kali ulangan  menulis

                   dan menjawab ujian di akhir modul.
                   Pemerhatian
                   Hasil pemerhatian setelah pelajar menulis semua huruf jawi didapati mereka mula menunjukkan  perubahan
                   ingin mencuba, murid menjadi lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan berkaitan jawi  walaupun sedikit.

                   Refleksi
                   Daripada aktiviti yang dijalankan murid-murid lebih mudah membaca tetapi tidak tetapi lemah menulis .
                   2.   Aktiviti 2 – Latihan Mengasah Minda
                   Guru mengedarkan set latihan yang terdiri dari pelbagai kebolehan murid dari mudah, sederhana dan susah.
                   Hasil daripada ujian itu didapati murid yang telah menjalani ujian latihan dengan penuh komitmen  dan
                   bersungguh-sungguh menampakkan hasil apabila berminat menjawab soalan mudah bahagian jawi.
                   NOTA : Apabila murid menulis ingatan akan kekal dalam hati, latihan menulis diulang beberapa kali agar tidak

                   lupa.


                   Pemerhatian
                   Pada peringkat awal

                   Murid memerlukan bimbingan dan menanti tindakan dan arahan guru
                   Murid kelas tercorot boleh melakukannya dengan memberi imbuhan dan pujian.
                   Ilmu secara logiknya akan dapat sedikit demi sedikit dengan penulisan dan seterusnya ingat.
                   Refleksi
                   Kaedah TULIN ini membantu murid meningkatkan kefahaman, keberanian, keyakinan  tentang menjawab
                   soalan yang keluar dalam peperiksaan awam .

                   Pemerhatian
                   5.5 Refleksi Kajian
                   Ujian Pos kepada murid sasaran setelah tiga kali latihan diberikan. Hasil dapatan daripada Ujian Pos ini
                   didapati hampir keseluruhan murid menguasai kemahiran ini, dapatan ujian pos ini dapat dilihat menerusi

                   jadual di bawah.
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31