Page 27 - INOVASI DAN 3 KAJIAN TINDAKAN
P. 27
Analisis Ujian Pra dan Pos.
Perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Pos adalah seperti berikut :
Gred Bilangan Pelajar
Pra Pos 1 Pos 2
A B C D E G TH 0 0 0
2 1 2
2 2 3
3 4 2
2 0 1
0 0 0
1 3 2
Jadual 3 : Jadual Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pos
Jadual 3 menunjukkan perbandingan pencapaian murid melalui Ujian Pra dan Ujian Pos. Ujian Pra
menunjukkan mereka tidak dapat menjawab semua soalan. Melalui Ujian Pos, murid sasaran dapat menulis
kesemua 10 soalan dengan tepat.
Dalam pemerhatian perubahan tingkah laku murid, didapati pelajar menunjukkan minat kerana mereka bukan
sahaja dapat berfikir, malah proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik.
Ini kerana naluri semulajadi murid yang ingin tahu sangat cenderung kepada perkenalan seterusnya berfikir
dengan setulus hati dan akan mencuba melaksanakan impian mereka menyebabkan kaedah ini mendapat
sambutan daripada mereka. Selain itu, ia dapat merangsang minda murid yang sederhana dan
lemah ini. Pelajar sasaran ini menyatakan rasa seronok kerana dapat melatih diri menulis jawi dengan cantik
dan baik. Selain daripada mendapat pengetahuan, pelajar dapat kemahiran menulis dengan cantik.
Sebagai pengkaji berasa puas hati kerana terdapat perubahan dari segi pencapaian
murid dalam mengingat huruf jawi dan al-Quran. Walaupun mengharungi pelbagai halangan dan masa yang
diambil untuk memahami dan mengingati sesuatu perkara adalah lebih minima daripada belajar secara biasa.
Daripada kajian yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa ia telah menunjukkan keberkesanan. Kaedah ini
menjadi satu alternatif kepada pelajar yang bermasalah dalam mengingat dan menghafal sesuatu isi pelajaran.
Ia bukan setakat berbentuk kemahiran menjana idea tetapi perkongsian ilmu boleh berlaku secara tidak
langsung ketika mereka membuat ujian bertulis dalam kumpulan masing-masing.
6.0 Cadangan untuk kajian seterusnya
Saya telah menggunakan kaedah TULIN ini dan mendapati ia boleh menjana minda pelajar yang sederhana dan
lemah bagi menaikkan semangat belajar secara berkesan.
Saya akan menggunakan kaedah ini kepada pelajar lain pada tahun hadapan apabila mendapati murid yang
masih lemah semua huruf jawi. Harapan saya agar dengan usaha yang kecil ini membuahkan hasil yang baik
dan cemerlang.