Page 10 - 2019 KAJIAN TULIN 30 MAHIR JAWI
P. 10

Analisis Ujian Pra dan Pos.

                   Perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Pos adalah seperti berikut :
                            Gred                                   Bilangan Pelajar
                                                    Pra                 Pos 1                 Pos 2

                             A                       0                    0                    0
                             B                       2                    1                    2
                             C                       2                    2                    3
                             D                       3                    4                    2
                              E                      2                    0                    1
                             G                       0                    0                    0
                             TH                      1                    3                    2


                   Jadual 3 : Jadual Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pos
                   Jadual  3  menunjukkan  perbandingan  pencapaian  murid  melalui  Ujian  Pra  dan  Ujian  Pos.  Ujian  Pra

                   menunjukkan  mereka  tidak  dapat  menjawab  semua  soalan.  Melalui  Ujian  Pos,  murid  sasaran  dapat
                   menulis kesemua 10 soalan dengan tepat.
                   Dalam pemerhatian perubahan  tingkah  laku  murid,  didapati  pelajar  menunjukkan  minat  kerana  mereka
                   bukan sahaja dapat berfikir, malah proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik.

                   Ini  kerana  naluri  semulajadi  murid    yang  ingin  tahu  sangat  cenderung  kepada  perkenalan  seterusnya
                   berfikir dengan setulus hati dan akan mencuba melaksanakan impian mereka menyebabkan  kaedah ini
                   mendapat sambutan daripada mereka. Selain itu, ia dapat merangsang minda murid yang sederhana dan

                   lemah  ini.  Pelajar  sasaran  ini  menyatakan  rasa  seronok  kerana  dapat  melatih  diri  menulis  jawi  dengan
                   cantik dan baik. Selain daripada mendapat pengetahuan, pelajar dapat kemahiran menulis dengan cantik.
                   Sebagai pengkaji berasa puas hati kerana terdapat perubahan dari segi pencapaian
                   murid dalam mengingat huruf jawi dan al-Quran. Walaupun mengharungi pelbagai halangan dan  masa
                   yang  diambil  untuk  memahami  dan  mengingati  sesuatu  perkara  adalah  lebih  minima  daripada  belajar

                   secara biasa.


                   Daripada kajian yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa ia telah menunjukkan keberkesanan. Kaedah
                   ini menjadi satu alternatif kepada pelajar yang bermasalah dalam mengingat dan menghafal sesuatu isi

                   pelajaran.  Ia  bukan  setakat  berbentuk  kemahiran  menjana  idea  tetapi  perkongsian  ilmu  boleh  berlaku
                   secara tidak langsung ketika mereka membuat ujian bertulis dalam kumpulan masing-masing.
                   6.0 Cadangan untuk kajian seterusnya

                   Saya  telah  menggunakan  kaedah  TULIN  ini  dan  mendapati  ia  boleh  menjana  minda  pelajar  yang
                   sederhana dan lemah bagi menaikkan semangat belajar secara berkesan.
                   Saya akan menggunakan kaedah ini kepada pelajar lain pada tahun hadapan apabila mendapati murid yang
                   masih lemah semua huruf jawi. Harapan saya agar dengan usaha yang kecil ini membuahkan hasil yang

                   baik dan cemerlang.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13