Page 9 - 2019 KAJIAN TULIN 30 MAHIR JAWI
P. 9
5.4 Pelaksanaan Tindakan
5.4.1. Aktiviti 1 : Latihan mengenal huruf
Guru mengedarkan buku panduan 30 kalimat asas untuk disemak dan salin semula.
Disertakan panduan huruf jawi , padanan huruf awal tengah dan akhir, latihan modul 15 kali ulangan
menulis dan menjawab ujian di akhir modul.
Pemerhatian
Hasil pemerhatian setelah pelajar menulis semua huruf jawi didapati mereka mula menunjukkan
perubahan ingin mencuba, murid menjadi lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan berkaitan jawi
walaupun sedikit.
Refleksi
Daripada aktiviti yang dijalankan murid-murid lebih mudah membaca tetapi tidak tetapi lemah menulis .
5.4.2. Aktiviti 2 – Latihan Mengasah Minda
Guru mengedarkan set latihan yang terdiri dari pelbagai kebolehan murid dari mudah, sederhana dan
susah. Hasil daripada ujian itu didapati murid yang telah menjalani ujian latihan dengan penuh komitmen
dan bersungguh-sungguh menampakkan hasil apabila berminat menjawab soalan mudah bahagian jawi.
NOTA : Apabila murid menulis ingatan akan kekal dalam hati, latihan menulis diulang beberapa kali agar
tidak lupa.
Pemerhatian
Pada peringkat awal
Murid memerlukan bimbingan dan menanti tindakan dan arahan guru
Murid kelas tercorot boleh melakukannya dengan memberi imbuhan dan pujian.
Ilmu secara logiknya akan dapat sedikit demi sedikit dengan penulisan dan seterusnya ingat.
Refleksi
Kaedah TULIN ini membantu murid meningkatkan kefahaman, keberanian, keyakinan
tentang menjawab soalan yang keluar dalam peperiksaan awam .
Pemerhatian
5.5 Refleksi Kajian
Ujian Pos kepada murid sasaran setelah tiga kali latihan diberikan. Hasil dapatan daripada Ujian Pos ini
didapati hampir keseluruhan murid menguasai kemahiran ini, dapatan ujian pos ini dapat dilihat menerusi
jadual di bawah.