Page 5 - 2019 KAJIAN TULIN 30 MAHIR JAWI
P. 5

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN

                                                  PERINGKAT SEKOLAH
                                                        2018M=1439H


                                                         PROPOSAL

                             MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS DAN MENGINGAT
                                       DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TULIN


                   Pendidikan Islam merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting untuk melahirkan generasi yang

                   berilmu, beramal dan berakhlak mulia. Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam banyak menggunakan
                   kaedah BACA, HAFAL, INGAT, APLIKASI dan memahami sesuatu isi pelajaran. Pengetahuan berkaitan
                   dengan  JAWI  terutamanya  BACAAN  DAN  TULISAN  amat  dititikberatkan.  Justeru,satu  kajian  telah
                   dilakukan terhadap lima belas orang murid yang di dapati amat lemah  yang dikenalpasti tidak menguasai
                   asas-asas bacaan dan tulisan jawi.

                              Tinjauan Awal yang dilakukan adalah melalui sesi soal jawab, temu bual bersama murid, latihan
                   bertulis  dan  ujian  pra.  Hasilnya  didapati    15  %  murid  tidak  menjawab  soalan  jawi  peringkat  SPM
                   sedangkan mereka tahu terdapat soalan ini dalam peperiksaan umum. Markah kemahiran  ini walaupun

                   sedikit hanya 10 markah tetapi ianya mempengaruhi untuk mendapat markah tertinggi dalam Pendidikan
                   Islam. Bagi mengatasi masalah ini, satu kajian menggunakan model khas iaitu TULIN (tulis dan ingat)
                   dihasilkan yang berfungsi membantu murid-murid meningkatkan ingatan dan kefahaman mereka terhadap
                   perkara-perkara asas penulisan jawi, murid akan mendapat markah walaupun satu kalimat berjaya ditulis

                   dengan betul. Murid yang terlibat diberi bimbingan selama 2 minggu mengikut aktiviti yang dirancangkan.
                   Hasil  ujian  pos  yang  diperolehi  selepas  menggunakan  TULIN  menunjukkan  prestasi  murid  semakin
                   meningkat.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10