Page 7 - 2019 KAJIAN TULIN 30 MAHIR JAWI
P. 7

5.1.1 Pemerhatian

                   Daripada pemerhatian yang dibuat melalui proses pengajaran dan pembelajaran, didapati kaedah
                   kefahaman, pengetahuan dan penulisan menjadi masalah kepada pelajar yang  lemah. Walaupun diajar
                   berulang kali, namun keupayaan terbatas, malah ada yang terlibat dengan kes disiplin sekolah seperti

                   ponteng dan gagal menyiapkan kerja sekolah.
                   5.1.2 Soal selidik
                   Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar sasaran murid membuat pilihan mengapa mereka tidak dapat
                   menjawab soalan yang dikemukakan.

                   5.1.3 Ujian Pra
                   Kami mengedarkan latihan yang mengandungi sepuluh soalan kepada murid. Setelah dua kali latihan dan
                   Ujian Pra dijalankan kepada lima belas orang murid sasaran ini menggunakan set soalan yang sama,
                   mereka masih gagal menjawab hampir kesemua soalan, dan masih ada yang tidak menulis langsung.

                   5.2 Analisis Tinjauan Masalah
                   5.2.1 Analisis Pemerhatian
                   Melalui pemerhatian terhadap sepuluh orang murid sasaran, kami dapati pelajar ini terlalu lemah untuk
                   mengingati huruf dan ada yang tidak berminat. Ini dapat dilihat melalui tingkah laku murid itu sendiri.

                   Enam orang daripada mereka mencuba untuk menghafal tetapi tidak
                   dapat menyatakan kembali kerana keupayaan mereka terhad, manakala 4 orang murid lagi menunjukkan
                   mereka kurang berminat untuk belajar, tetapi mampu menjawab walaupun sedikit.

                   5.2.2 Analisis Soal Selidik
                   Jadual 1: Jadual Analisis Dapatan Soal Selidik Berdasarkan
                   Bilangan dan Peratus.
                   Bil.    PERKARA                                      BIL MURID       PERATUS


                   1       Tidak suka mata pelajaran Pendidikan Islam          0              0
                   2       Adakah anda kurang berminat dengan bacaan dan

                           tulisan jawi.                                       3            26.7
                   3       Tidak tahu atau tidak faham                         3            20.0
                   4       Malas membaca jawi sebab tidak tahu                 2            13.3

                   5       Gagal/ takut untuk mencuba menulis                  2            40.0
                           JUMLAH                                             10             100
                   Jadual 1- Menunjukkan 26.7 % kurang berminat kecuali dengan nasihat dan motivasi,20 % murid tidak

                   tahu atau tidak faham tentang jawi, 13.3 % murid malas membaca, dan 40.0 % lagi tidak mencuba
                   langsung menulis untuk jawapan.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12