Page 11 - 2019 KAJIAN AQIDAH ANEKDOT
P. 11
Kajian Tindakan SMK MATANG 2019M=1440M-BIDANG KEMANUSIAAN- M.P PENDIDIKAN ISLAM 1
Dalam pemerhatian perubahan tingkah laku pelajar, didapati pelajar menunjukkan minat kerana
mereka bukan sahaja dapat berfikir, malah proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
baik.
Ini kerana naluri semulajadi pelajar yang ingin tahu sangat cenderung kepada perkenalan
seterusnya berfikir dengan setulus hati dan akan mencuba melaksanakan impian mereka
menyebabkan kaedah ini mendapat sambutan daripada mereka.Selain itu, ia dapat
merangsang minda pelajar yang sederhana dan lemah ini.Pelajar sasaran ini menyatakan rasa
seronok kerana dapat belajar sambil mendalami ilmu agama.Selain daripada mendapat
pengetahuan, pelajar dapat berinteraksi dan bergaul dalam kumpulan serta mematuhi disiplin
dalam masa pembelajaran berlangsung.Kaedah ini dapat menarik minat pelajar kerana ianya
dapat mengelakkan seseorang pelajar itu daripada merasa tertekan dengan kaedah mengingat
dan menghafal yang tidak dapat mereka laksanakan.
Kaedah ini dapat membantu semua murid mereka cipta bahan bbm dalam semua bidang.
10
Daripada kajian yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa ia telah menunjukkan
keberkesanan. Kaedah ini menjadi satu alternatif kepada pelajar yang bermasalah dalam
mengingat dan menghafal sesuatu isi pelajaran.Ia bukan setakat berbentuk kemahiran menjana
idea tetapi perkongsian ilmu boleh berlaku secara tidak langsung ketika mereka membuat ujian
bertulis di hadapan kelas dalam kumpulan masing-masing,seterusnya menjawab soalan
bahagian ini dalam setiap peperiksaan yang dijalankan secara sumatif dan formatif
6.0 Cadangan untuk kajian seterusnya
Saya telah menggunakan kaedah akronim ini dan mendapati ia boleh menjana minda pelajar
yang sederhana dan lemah bagi menaikkan semangat belajar secara berkesan.
Saya akan menggunakan kaedah ini kepada pelajar lain pada tahun hadapan apabila mengajar
tajuk yang sama. Saya juga akan mengaplikasikan kaedah ini bagi tajuk-tajuk lain dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam.
Kajian tindakan ini berjaya mencapai objektifnya kerana pelajar yang menjadi sasaran dalam
kajian ini telah menunjukkan perubahan dari segi pencapaian dan penguasaan mereka
dalam menulis jawapan berbentuk jawi dalam ujian yang lalu,seterusnya dapat
menggunakannya bagi tujuan menambahkan ilmu dan minat,kerana buku teks Pendidikan Islam
hanya dikeluarkan dalam versi Jawi sahaja,manakala soalan peperiksaan umum dikeluarkan
dalam dua versi rumi dan jawi.Dengan ini ianya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian
sebagai individuMuslim agar mendapat kejayaan yang cemerlang.