Page 7 - 2019 KAJIAN AQIDAH ANEKDOT
P. 7
Kajian Tindakan SMK MATANG 2019M=1440M-BIDANG KEMANUSIAAN- M.P PENDIDIKAN ISLAM 1
5
5.1.1 Pemerhatian
Daripada pemerhatian yang dibuat melalui proses pengajaran dan pembelajaran, didapati
kaedah kefahaman,pengetahuan dan penulisan menjadi masalah kepada pelajar yang lemah.
Walaupun diajar berulang kali, namun keupayaan terbatas,malah ada yang terlibat dengan kes
disiplin sekolah seperti ponteng dan gagal menyiapkan kerja sekolah.
5.1.2 Soal selidik
Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar sasaran.Pelajar membuat pilihan mengapa mereka
tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan
5.1.3 Ujian Pra
Kami mengedarkan latihan yang mengandungi sepuluh soalan kepada pelajar. Setelah dua kali
latihan dan Ujian Pra dijalankan kepada lima belas orang pelajar sasaran ini menggunakan set
soalan yang sama, mereka masih gagal menjawab hampir kesemua soalan,dan masih ada yang
tidak menulis langsung.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Analisis Pemerhatian
Melalui pemerhatian terhadap lima belas orang pelajar sasaran, kami dapati pelajar ini terlalu
lemah untuk mengingati fakta dan ada yang tidak berminat. Ini dapat dilihat melalui tingkah laku
pelajar itu sendiri.Sebelas orang daripada mereka mencuba untuk menghafal tetapi tidak
dapat menyatakan kembali kerana keupayaan mereka terhad.Manakala empat orang pelajar lagi
menunjukkan mereka kurang berminat untuk belajar. Mereka tidak menumpukan perhatian
semasa guru mengajar dan kurang melibatkan diri dalam setiap aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
5.2.2 Analisis Soal Selidik
Jadual 1: Jadual Analisis Dapatan Soal Selidik Berdasarkan
Bilangan dan Peratus.
Bil. PERKARA BIL MURID PERATUS
1 Tidak suka mata pelajaran Pend. Islam 0 0
2 Adakah anda kurang berminat dengan
bacaan dan tulisan jawi 4 26.7
3 Tidak tahu atau tidak faham 3 20.0
4 Malas membaca 2 13.3
5 Gagal/ takut untuk mencuba menulis 6 40.0
JUMLAH 15 100
Jadual 1- Menunjukkan 26.7 % kurang berminat kecuali dengan nasihat dan motivasi,20 %
murid tidak tahu atau tidak faham tentang jawi, 13.3 % murid malas membaca, dan 40.0 % lagi
tidak mencuba langsung menulis untuk jawapan.