Page 4 - 2019 KAJIAN AQIDAH ANEKDOT
P. 4

Kajian Tindakan SMK MATANG 2019M=1440M-BIDANG KEMANUSIAAN- M.P PENDIDIKAN ISLAM                    1


                   2


                   Tajuk:
                   KAEDAH AKRONIM: AJARAN SESAT
                   Guru pengkaji :
                   AHMADAN BIN GHAZALI - Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan

                   Matang,34750 Matang,Perak.( 2005 - sekarang )
                   Latar Belakang Kajian:
                   SMK  Matang  merupakan  sebuah  sekolah  yang  terletak  9  km  ke  timur  bandaraya  bersejarah

                   Taiping,Perak dan  terletak  5.5 km ke  barat  Kuala  Sepetang  yang  dahulunya  dikenali  sebagai
                   Port Weld.Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar dan rata-rata pelajarnya terdiri
                   daripada  anak-anak  nelayan,buruh  kasar,kakitangan  kerajaan,peneroka  FELDA,petani  dan
                   peniaga  iaitu  dari  kumpulan  sederhana  dan  miskin.Oleh  kerana  prestasi  pelajar  adalah
                   sederhana maka pelajar kurang daya saing dalam meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.

                                 Pengajian mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan salah satu aset penting dalam
                   kehidupan  harian.Bilangan  pelajar  Islam  lebih  75%  di  sekolah    ini  berjumlah  550  orang  yang
                   terdiri  dari  pelajar  Melayu,Cina  dan  India.Pelajar  Islam  di  sekolah  ini  seramai  378

                   orang.Pencapaian baik dalam mata pelajaran ini akan memudahkan laluan ke menara gading
                   dan  seterusnya  menjana  sahsiah  terpuji  dalam  pekerjaan  nanti.Walau  bagaimanapun  tidak
                   begitu ramai pelajar SMK Matang mencapai keputusan cemerlang (A) bagi mata pelajaran ini
                   dalam  peperiksaan  PT3  dan  SPM.ini  disebabkan  oleh  kelemahan  pelajar  terutamanya  dalam

                   menjawab soalan berbentuk proses aplikasi menjawikan perkataan rumi,hasilnya dari 26 pelajar
                   hanya  3  pelajar  sahaja  yang  dapat  menjawab  dengan  tepat  dan  8  pelajar  menjawab  secara
                   sederhana manakala bakinya tidak dapat menjawab langsung.

                                 Pelajar yang sederhana dan lemah dalam Pendidikan Islam mempunyai sejarah latar
                   belakang yang berbeza ianya dapat dikesan hasil dari pembelajaran amali solat .Pelajar yang
                   mahir dalam mata pelajaran ini sebahagiannya boleh dikategorikan sebagai pelajar pintar dari
                   segi akademik dan sahsiah terpuji,atas dasar ini satu kajian dari skop yang kecil dilaksanakan
                   bagi meningkatkan penguasaan jawi dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah ini.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9