Page 6 - 2019 KAJIAN AQIDAH ANEKDOT
P. 6

Kajian Tindakan SMK MATANG 2019M=1440M-BIDANG KEMANUSIAAN- M.P PENDIDIKAN ISLAM                    1






                   4





                   2.0 Fokus Kajian
                   Ujian  telah  diadakan  kepada  26  orang  pelajar  Sebahagian  daripada  mereka  boleh  membaca
                   dan menulis dengan baik dan sebahagian lagi masih perlu dibimbing. Dalam ujian tersebut, kami
                   mengajukan soalan berkaitan perkara-perkara asas jawi. Hasilnya kami dapati terdapat pelajar
                   yang tidak mengetahui perkara-perkara tersebut.Dalam mengenal pasti kes tersebut seramai 15

                   pelajar perlu bimbingan dalam mengenal,berfikir dan mencuba dalam kaedah KFC.

                   3.0 Objektif Kajian

                   3.1 Objektif Am
                   Secara amnya kajian tindakan ini adalah untuk membantu pelajar mengenal,berfikir dan
                   mencuba dalam kemahiran menulis  jawi melalui kaedah KFC dalam peperiksaan umum.
                   3.2 Objektif Khusus

                   3.2.1. Membantu murid mengenal pasti perkara-perkara yang asas dalam bacaan dan tulisan
                   jawi.
                   3.2.2. Membantu murid mengenal pasti huruf agar dapat  membaca dan menulis.
                   3.2.3. Membina keyakinan diri seterusnya melahirkan pelajar yang kritis.

                   3.2.4. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.

                   4.0 Kumpulan Sasaran
                   Seramai lima belas orang pelajar Tingkatan 3, sembilan orang pelajar lelaki dan enam orang

                   pelajar perempuan.

                   5.0 Pelaksanaan Tindakan

                   5.1 Tinjauan Masalah
                   Untuk menyediakan kajian tindakan ini, beberapa kaedah telah digunakan bagi mengenalpasti
                   masalah,iaitu dengan menggunakan Kaedah Pemerhatian, Soal Selidik ,Ujian Pra 1,2 dan
                   Kursus Kemahiran Jawi.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11