Page 10 - 2019 KAJIAN AQIDAH ANEKDOT
P. 10
Kajian Tindakan SMK MATANG 2019M=1440M-BIDANG KEMANUSIAAN- M.P PENDIDIKAN ISLAM 1
Pemerhatian
Aktiviti ini menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran semakin menyeronokkan,kerana
pelajar yang lemah malu untuk bertanya dan mendapat hasil dari perbincangan dengan rakan
seangkatan mereka. Secara tidak langsung mereka mendapat bimbingan rakan sebaya dalam
kalangan mereka.
ii.Refleksi
Aktiviti ini menambahkan lagi penguasaan pelajar terhadap keyakinan diri dalam menguasai
Jawi pada masa akan datang. Ia juga secara tidak langsung melahirkan pelajar yang celik JAWI
dan akan menjana proses perkembangan ilmu yang syumul dunia dan akhirat.
9
5.5 Refleksi Kajian
Ujian Pos kepada pelajar sasaran setelah tiga kali latihan diberikan. Hasil dapatan daripada
Ujian Pos ini didapati hampir keseluruhan pelajar menguasai kemahiran ini. dapatan ujian pos ini
dapat dilihat menerusi jadual di bawah.
Analisis Ujian Pra dan Pos.
Perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Pos adalah seperti berikut :
Gred Bilangan Pelajar
Pra Pos 1 Pos 2
A 0 0 0
B 2 1 4
C 2 5 3
D 3 4 2
E 7 2 4
G 0 0 0
TH 1 3 2
Jadual 3 : Jadual Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pos
Jadual 3 menunjukkan perbandingan pencapaian murid melalui Ujian Pra dan Ujian Pos. Ujian
Pra menunjukkan mereka tidak dapat menjawab semua soalan. Melalui Ujian Pos, pelajar
sasaran dapat menulis kesemua 10 soalan dengan tepat.