Page 5 - 2019 KAJIAN AQIDAH ANEKDOT
P. 5

Kajian Tindakan SMK MATANG 2019M=1440M-BIDANG KEMANUSIAAN- M.P PENDIDIKAN ISLAM                    1

                                                ABSTRAK KAJIAN TINDAKAN

                               MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS JAWI

                                       DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH AKRONIM
                                              BIDANG AQIDAH : AJARAN SESAT



                   Pendidikan  Islam  merupakan  mata  pelajaran  yang  amat  penting  untuk  melahirkan  generasi
                   yang  berilmu,  beramal  dan  berakhlak  mulia  sejajar  dengan  Pentaksiran  Bilik  Darjah  (PBD)

                   KSSM  yang  bertapak  4  tahun  lepas.  Dalam  mata  pelajaran  Pendidikan  Islam  banyak
                   menggunakan kaedah BACA, HAFAL, dan pembahagiannya membuatkan murid .Pengetahuan
                   berkaitan dengan JAWI terutamanya BACAAN DAN TULISAN amat dititikberatkan.Justeru,satu

                   kajian  telah  dilakukan  terhadap  lima  belas  orang  pelajar  yang  di  dapati  amat  lemah    yang
                   dikenalpasti tidak menguasai tajuk aqidah yang meliputi 3 tokoh dan ciri kesesatan mereka.
                              Tinjauan Awal yang dilakukan adalah melalui sesi soal jawab, temu bual bersama murid,
                   latihan bertulis dan ujian pra. Hasilnya didapati  15 % murid tidak menjawab soalan peringkat

                   percubaan SPM sedangkan mereka tahu terdapat soalan ini dalam peperiksaan umum.. Bagi
                   mengatasi  masalah  ini,  satu  kajian  menggunakan  AKRONIM  dihasilkan  yang  berfungsi
                   membantu murid-murid meningkatkan ingatan dan kefahaman mereka terhadap perkara-perkara
                   tersebut.  Pelajar  yang  terlibat  diberi  bimbingan  selama  2  minggu  mengikut  aktiviti  yang

                   dirancangkan. Hasil ujian pos yang diperolehi selepas menggunakan akronim menunjukkan 10
                   % prestasi pelajar semakin meningkat.
                   1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
                   Pelajar Tingkatan 5 yang terpilih boleh dikategorikan berada pada tahap sederhana dan lemah

                   dalam mengingat fakta. Namun begitu,masalah yang dihadapi adalah dalam kalangan mereka
                   ada  yang  berada  pada  tahap  lemah.  Apa  yang  dimaksudkan  lemah  ialah,  mereka  lambat
                   mengingat dan dah mudah lupa isi-isi yang diberikan malah ada kalanya mereka langsung tidak

                   dapat mengingat isi pengajaran yang telah disampaikan dan tertukar isi dengan tajuk.
                   Daripada pemerhatian,apabila sesi soal jawab dijalankan berkaitan terhadap 15 orang murid ini
                   terdapat sebelas orang murid dapat menjawab dengan tepat. Apabila  ditanya kepada pelajar ini
                   mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan tersebut, tiga orang daripada mereka menjawab,

                   “saya sudah cuba hafal, tetapi tidak ingat langsung” manakala dua orang pelajar lagi menjawab
                   “saya malas nak hafal”.. Apabila diberi latihan bertulis,lima belas orang murid ini gagal membuat
                   tugasan  yang  diberikan.Apabila  ujian  bulanan  atau  peperiksaan  dijalankan,  lima  belas  orang
                   murid  ini  juga  selalu  gagal  menjawab  bahagian  tulisan  jawi  ini.  Setelah  diamati  pelajar  yang

                   lemah ini, mereka sukar untuk mengingati isi pelajaran dan terdapat juga yang kurang berminat
                   untuk mengatasi masalah ini kaedah AKRONIM diperkenalkan.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10