Page 10 - PROJEK LADANG BUAH SCHA INCHI
P. 10
Cahaya Merah Trading LA0057073-K
Bagi menyediakan produk pati minyak sancha inchi ini negara Thailand banyak
mengkomersilkannya dalam bentuk minyak pati cecair dan produk didalam kapsul.
Maklumat ringkas mengenai produk dari sacha inchi (Quick Fact) dikaitkan dengan
Produk Makanan Kesihatan dan Ubat merujuk kepada tindakbalas perubatan terhadap
kes Cardioprotective dan Nutritional. Ia disebabkan kandungan bahan Alpha Linoelic
Acid yang tinggi terhasil daripada tumbuhan yang tidak toksik dan selamat dimakan.
Antara kehebatan khasiat produk ini seperti membantu dalam pembentukkan sistem otot
disebabkan oleh bahan proton tumbuhan didalamnya. Ia juga membantu elakkan
masaalah Kardiovaskular dimana kandungan Omega-3 dapat mengimbangan kolesterol
dan juga mampu untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan kurangkan serangan
jantung. Setiap satu sudu serbuk sancha inchi dengan berat sekitar 15 gram
membekalkan 4.5 gram bahan protin tumbuhan. Pengembilan bahan ini disyorkan
dengan kadar sebanyak 56 gram sehari atau sekitr 3 sudu sahaja sehari menurut
Persatuan Dietary Antarabangsa. Bagaimana pun bagi sacha inchi dalam bentuk minay
(oil) hanya disyorkan ambil 2 gram sehari dengan lazimnya minyak ini mempunyai 47%
protin didalamnya.