Page 7 - PROJEK LADANG BUAH SCHA INCHI
P. 7

Cahaya Merah Trading                                                                        LA0057073-K


                  Tumbuhan ini mampu tumbuh menegak setinggi 2 - 3 meter tanpa sokongan asas.
                  Bagaimana pun untuk penanaman baik ia perlukan kayu sokongan atau sistem para
                  setinggi 3-4 meter. Batangnya akan menjalar atau merambat dengan mempunyai daun
                  deciduous yang berwarna hijau dikawasan tropika. Daun yang berwarna hijau tersusun
                  dengan baik dan menghasilkan pucuk baru untuk terus menjalar. Ia mengeluaarkan
                  bunga dalam jambak yang berwarna putih hijau yang kecil dibahagian hujung dahan.
                  Daunnya berbentuk hati (heart shape) dengan susunan bersilang berukuran 10-12 cm
                  panjang dan 8-10 cm lebar dengan panjang tangkai sekitar 2-6 cm panjang. Bunga
                  Jantan yang berwarna putih bersaizz kecil dalam jambak sementara bunga betina berada
                  dibahagian bawah jambak.






                  Tanaman dikawasan tropika mampa baik dimana pokok mampu menghasilkan bunga
                  dan buah sepanjang tahun. Buahnya dalam kapsul berukuran 3-5 cm garispusat dengan
                  ada 4 - 7 point yang berwarna hijau semasa muda dan bertukar warna coklat gepal
                  apabila masak. Bila cukup matang masa ia terbuka sendiri dapat dilihat bijinya dan
                  dituai apabila telah buah kering betul. Buahnya ada 5 lobes dan ada yang mempunyai
                  sehingga 7 lobes. Didalamnya terdapat bijinya yang berbentuk oval dengan warna coklat
                  kehitaman berukuran 1.5 - 2.0 cm garispusat. Ia mempunyai berat sekitar 45 - 100 gram
                  setiap biji. Bijinya mempunyai kotilidon terbuka dengan ada lapisan nipis dan jika
                  digoreng maka memberikan rasa sangat sedap.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12