Page 9 - PROJEK LADANG BUAH SCHA INCHI
P. 9
Cahaya Merah Trading LA0057073-K
Apa yang penting kepada tanaman Sacha Inchi adalah buahnya yang berbentuk lengai
dihasilkan apabila pokok matang dalam masa dua tahun sahaja. Laporan menunjukkan
pokok mula berbunga 5 bulan selepas ditanam dan mula berbuah 8 bulan selepas
ditanam. Sepokok dewasa mampu untuk mengeluarkan 100 kuntum buah setahun
dengan sebanyak 400 - 500 biji yang terhasil. Bahagian biji inilah yang bernilai untuk
digunakan. Biji Sacha Inchi yang matang dikeluarkan daripada kelongsong berbentuk
bulat leper dengan warna coklat kehitaman Bagaimana pun bahagian biji inilah yang
dilaporkan mengandungi pati minyak yang kaya dengan Essential Amino Acids, Alpha
Linoleic Acids (ALA) dan juga Omega-3 Fatty Acids. Nilai khasiat ini telah lama
digunakan oleh orang Inca di Peru dan juga penduduk kawasan Amazon sejak lama dulu
sebagai sumber protin tumbuhan yang didakwa terbaik didunia. Bagaimana pun kini
produk dari sancha inchi ini telah dikomersilkan dan boleh dibeli daripada kedai farmasi
dengan mudah. Bahan yang dihasilkan daripada tumbuhan ini adalah selamat dimakan
dalam kategori herba atau makanan kesihatan.