Page 6 - PROJEK LADANG BUAH SCHA INCHI
P. 6
Cahaya Merah Trading LA0057073-K
TANAMAN SACHA INCHI (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman
kekacang yang kurang dikenali di negara kita Malaysia. Bagaimana pun ramai mula
bertanya mengenai tanaman ini yang didakwa amat berkhasiat apabila pihak RISDA
mencadangkan tanaman ini diusahakan oleh pekebun kecil getah bagi meningkatkan
pendapatan mereka. Tumbuhan berasal dari negara PERU ini juga dipanggil sebagai
'Sacha Peanut', 'Inca Peanut', 'Mountain Peanut' dan 'Sacha Inchi'. Tumbuhan ini kini ada
ditanam secara komersil di Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk menghasilkan bijinya
yang mengandungi minyak yang sangat bernilai.kali pertama melihat tanaman ini
semasa melawat negara Thailand dan kali kedua semasa melawat Vietnam.
Tumbuhan ini adalah jenis renek (shrub) yang parrenial dengan memerlukan sokongan
untuk menjalar diaatas kayu sokongan untuk penanaman komersil. Ia jenis tanaman
yang perlukan cahaya matahari 100% atau dengan sedikit perlindungan sahaja.
Memerlukan tanah yang subur dengan ada air yang mencukupi dan sistem saliran yang
baik. Tanah dengan pH diantara 5.1-5.5 dikatakan sesuai untuk petani menjadikan
pertumbuhan dengan baik dan aplikasi bahan organan. Tanaman ini selalunya ditanam
oleh pekebun kecil dengan keluasan yang mudah dijaga dan ada yang menanamnya
sebagai tanaman keliling rumah dinegara jiran untuk menambahkan pendpatan keluarga
dengan menjual bijinya kepada pemborong.Syarikat mendapati banyak produk yang
dihasilkan daripada tanaman sacha inchi dipasaran sebagai makanan kesihatan.