Page 8 - PROJEK LADANG BUAH SCHA INCHI
P. 8

Cahaya Merah Trading                                                                        LA0057073-K


                  Penanaman sacha inchi menggunaka biji benih yang diambil dari pokok matang. Biji
                  benih perlu direndam selama 24 jam dalam air bersih sebelum disemai diatas tapak
                  semaian dalam suhu sekitar 25 - 30 Celcius untuk bercambah. Lazimnya ia akan
                  bercambah dalam masa 14 hari dan boleh dialih kekebun. Ada juga petani yang
                  menanam terus biji benih keladang tetapi percambahan tidak sekata. Kaedah menanam
                  dengan bahan keratan juga ada dilakukan tetapi lebih mudah dengan semian biji.
                  Tanaman ini mudah dijaga kerana kurang serangan serangga perosak dan penyakit.
                  Pokok merambat ini sebaiknya diberikan sokongan untuk membolehkan kerja-kerja
                  memetik buah mudah dijalankan. Pokok yang berhasil perlu dipetik buah matang dan
                  dikumpulkan dalam bekas sebelum dijual atau diproses terus.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13