Page 17 - KPM Pelan Transformasi ICT
P. 17

2.2     Penerangan terperinci Inisiatif Pelanjutan


                            Inisiatif  A2:  Menangani  kekangan  ketersambungan  rangkaian  di  semua
                           institusi pendidikan secara strategik dan menambah baik LAN di  KPM dan
                           agensi di bawah KPM





                      KPM  bertanggungjawab  merancang,  mengurus  dan  menyokong  rangkaian  yang
                      menyeluruh merangkumi bahagian, agensi, institusi pendidikan dan sekolah di bawah
                      KPM. Rangkaian Internet sedia ada mulai tahun 2019 hingga 2024 di agensi, institusi
                      pendidikan  dan  sekolah  KPM  di  sekolah  disediakan  melalui  kontrak  Pakej  Interim
                      Perkhidmatan Internet yang ditandatangani oleh Kerajaan dengan tiga (3) pembekal
                      perkhidmatan Internet (ISP) utama iaitu Celcom Mobile, Maxis Broadband dan TM
                      Technology Services. Manakala semua bahagian dan sebahagian agensi di bawah KPM
                      menggunakan  perkhidmatan  rangkaian  MyGov*Net.  Penyediaan  infrastruktur
                      rangkaian Internet adalah amat penting bagi tujuan capaian dan akses utama kepada
                      pelbagai aplikasi dan portal web bagi operasi harian pengguna yang terdiri daripada
                      tenaga pengajar, personel KPM serta pelajar (melalui perisian pembelajaran maya).

                      Bagi menangani kekangan ketersambungan rangkaian dan merealisasikan kepentingan
                      untuk mempunyai liputan rangkaian yang meluas di KPM, terdapat tiga (3) strategi
                      yang  telah  dirancang  untuk  dipertimbangkan  bagi  penambahbaikan  pengurusan
                      rangkaian secara berpusat oleh KPM iaitu:

                      1.  Pewujudan dan Penambahbaikan LAN di Sekolah dan Institusi Pendidikan

                           (a)  Mewujudkan  dan  menambah  baik  infrastruktur  rangkaian  LAN  bagi
                               menyokong rangkaian tanpa wayar secara meluas di institusi pendidikan dan
                               sekolah mengikut kesesuaian.

                           (b)  Melaksanakan  perolehan  peralatan  rangkaian  bagi  menyokong  rangkaian
                               tanpa  wayar  secara  meluas  di  institusi  pendidikan  dan  sekolah  mengikut
                               kesesuaian.

                           (c)  Memastikan pengurusan LAN yang cekap dan efektif di institusi pendidikan
                               dan  sekolah  bagi  mengurangkan  gangguan  operasi  (network  downtime)
                               rangkaian.












                                                           17
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22