Page 21 - KPM Pelan Transformasi ICT
P. 21
3. Sistem Aplikasi bersepadu yang menyokong secara menyeluruh
Pengurusan pengurusan institusi pendidikan yang diuruskan oleh KPM
Institusi di Bahagian dan JPN/ PPD merangkumi pengurusan pra
Pendidikan perancangan, penubuhan, operasi dan pentadbiran serta
penilaian sehingga penutupan operasi pendidikan institusi.
Jadual 2-2: Senarai Aplikasi Teras KPM
Interaksi dua hala antara sistem-sistem ini dengan portal akan diselaraskan oleh ESB
bagi melaksanakan perkhidmatan yang diperlukan berdasarkan proses yang
ditetapkan. Ini membolehkan fungsi digunakan semula untuk keperluan pemprosesan
yang lain pada masa hadapan.
Dalam tempoh pelanjutan ITP, pembangunan aplikasi teras baharu bagi inisiatif ini
akan merujuk kepada Dokumen Kajian dan Pembangunan EA KPM Peringkat
Keupayaan bagi Perkhidmatan Utama KPM dengan memberi tumpuan kepada Sistem
Pengurusan Pelajar.
Sistem Pengurusan Pelajar
Sistem Pengurusan Pelajar menjadi sistem aplikasi teras dalam menguruskan semua
proses berkaitan pelajar berdasarkan kitar hayat pendidikan mereka. Sistem aplikasi
ini boleh diakses oleh pengguna melalui portal dan aplikasi mudah alih bagi
membolehkan pemprosesan aktiviti yang berkaitan dengan pelajar seperti pengurusan
kemasukan, pertukaran, disiplin dan pembangunan sahsiah, kokurikulum dan ekstra
kurikulum, sukan dan seni, pembelajaran pelajar dan penamatan. Sistem Pengurusan
Pelajar yang baharu ini juga bertujuan untuk menyimpan semua rekod pelajar dalam
institusi pendidikan awam, swasta serta institusi pendidikan lain yang berada di bawah
bidang kuasa kerajaan negeri dan agensi kerajaan lain.
Sistem ini merangkumi semua proses utama dalam kitar hayat pendidikan pelajar di
semua peringkat institusi pendidikan iaitu:
i. Taska dan Prasekolah: Daripada kemasukan sehingga tamat prasekolah. Boleh
juga merangkumi maklumat pelajar prasekolah swasta.
ii. Sekolah rendah: Daripada kemasukan sehingga pelajar beralih ke sekolah
menengah serta merangkumi maklumat pelajar sekolah swasta.
iii. Sekolah menengah: Meliputi kemasukan pelajar ke sekolah menengah yang terdiri
daripada jenis sekolah yang berbeza seperti sekolah kebangsaan, sekolah seni,
sekolah sukan, sekolah teknik dan sebagainya.
21