Page 25 - KPM Pelan Transformasi ICT
P. 25

Bil.      Modul                       Penerangan
                                                      mempunyai kekosongan berdasarkan alamat pelajar.
                                                      Pilihan sekolah ketika pendaftaran akan

                                                      mengutamakan sekolah yang berhampiran dengan
                                                      tempat tinggal pelajar. Ibu bapa boleh membuat
                                                      rayuan untuk mendaftarkan anak mereka di sekolah
                                                      yang mereka mahukan. Walau bagaimanapun,
                                                      perkara ini bergantung kepada kekosongan tempat
                                                      di sekolah yang berkenaan. Modul ini membantu
                                                      menyeimbangkan jumlah pelajar di sekolah
                                                      berbanding dengan komuniti di sekitarnya bagi
                                                      mengelakkan kesesakan.


                                                  •  Menyokong kesinambungan pendidikan pelajar:
                                                      Maklumat pelajar daripada peringkat awal sekolah
                                                      akan dibawa ke hadapan di setiap peringkat
                                                      persekolahan untuk mengelakkan keperluan
                                                      pendaftaran pelajar yang berulang. Ini dapat
                                                      membantu mempercepatkan proses semakan dan
                                                      mengelakkan kemasukan maklumat yang berulang.


                                                  •  Memproses kemasukan pelajar ke beberapa jenis
                                                      sekolah yang  berbeza: Modul ini merangkumi skop
                                                      yang luas termasuk sekolah kebangsaan, sekolah
                                                      seni, sekolah sukan dan sebagainya. Semua sekolah
                                                      ini memberikan fleksibiliti kepada pelajar untuk

                                                      memilih kursus elektif mereka berdasarkan minat
                                                      dan pengkhususan masing-masing. Penggunaan
                                                      sistem ini akan memperbaiki proses sedia ada di
                                                      mana bahagian yang berbeza menguruskan semua
                                                      jenis sekolah ini secara berasingan. Interaksi antara
                                                      bahagian dipermudah melalui automasi proses
                                                      bisnes. Contohnya, apabila seorang pelajar
                                                      merancang untuk bertukar daripada sekolah
                                                      kebangsaan ke sekolah seni, proses bisnes dalam
                                                      sistem akan mengeluarkan notis pemberitahuan dan
                                                      membuat permohonan secara automatik kepada
                                                      bahagian yang terlibat untuk tindakan selanjutnya.


                                                  •  Interaksi lancar antara bahagian dan pihak lain:
                                                      Meliputi JPN, PPD dan sekolah serta agensi lain



                                                           25
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30