Page 30 - KPM Pelan Transformasi ICT
P. 30
Bil. Modul Penerangan
• Modul ini mengumpul maklumat tentang disiplin
pelajar berdasarkan tingkah laku mereka ketika
berada di sekolah. Maklumat yang direkodkan
menentukan tindakan disiplin yang perlu diambil
apabila mereka mencapai mata demerit yang
ditetapkan. Modul ini akan digunakan oleh
kumpulan guru berikut:
a) Guru disiplin: Guru yang ditugaskan untuk
menguruskan isu disiplin pelajar.
b) Kaunselor: Guru yang mendapat latihan khusus
dan ditugaskan untuk menasihati dan memberi
bimbingan kepada pelajar bagi mengelakkan
masalah disiplin berlaku pada masa hadapan.
• Semua guru ini akan mengakses modul disiplin dan
kaunseling melalui Portal KPM. Modul disiplin dan
kaunseling akan menyediakan sokongan tambahan
berkaitan dengan urusan disiplin, termasuk:
a) Pengiraan demerit: Modul ini akan menunjukkan
demerit pelajar berdasarkan disiplin mereka.
Guru akan memasukkan kiraan mata demerit ke
dalam sistem berdasarkan jenis salah laku.
Integrasi dengan modul kokurikulum akan
membolehkan mata demerit ini dimasukkan
dalam kiraan keseluruhan merit pelajar.
b) Pengenalpastian pelajar yang memerlukan
kaunseling: Modul ini akan menyenaraikan
pelajar yang telah mengumpulkan mata demerit
tertentu bagi menghadiri sesi kaunseling yang
telah ditetapkan. Melalui integrasi dengan
Business Analytics Suite, ia boleh meramalkan
kemungkinan salah laku yang akan terjadi
berdasarkan analisa corak tingkah laku pelajar.
c) Notifikasi secara automatik: Kemampuan untuk
memberitahu ibu bapa melalui e-mel apabila
demerit pelajar mencapai tahap yang tertentu.
Hal ini membolehkan ibu bapa sentiasa peka
dengan disiplin anak mereka.
d) Pemantauan kehadiran: Membolehkan
30