Page 33 - KPM Pelan Transformasi ICT
P. 33
Potensi Integrasi bagi Sistem Pengurusan Pelajar
Integrasi dengan sistem lain sama ada sistem dalaman KPM atau sistem luaran agensi
lain dapat membantu menyediakan perkhidmatan yang menyokong kitar hayat tenaga
pelajar secara menyeluruh. Antaranya adalah dengan Sistem Pengurusan Pengajar,
Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) dan Sistem Pengurusan Institusi
Pendidikan yang baharu. Melalui pengintegrasian, maklumat yang dikongsi bersama
sistem lain dapat memudahkan proses kemasukan, pertukaran, pengurusan disiplin,
penamatan dan lain-lain yang berkaitan. Senarai terperinci integrasi yang terlibat
dengan Sistem Pengurusan Pelajar boleh dirujuk daripada Dokumen Kajian dan
Pembangunan EA KPM Peringkat Keupayaan bagi Perkhidmatan Utama KPM.
Inisiatif B4: Mewujudkan Gudang Data KPM (EDW) bagi menyokong
pembuatan keputusan yang efisien di KPM
Gudang Data (EDW)
KPM kini mempunyai 36 bahagian dan lima (5) unit di mana setiap bahagian dan unit
memerlukan pelaporan dan analitik berdasarkan set data tertentu. Data-data ini
diperoleh daripada pelbagai bahagian, sistem aplikasi dan institusi pendidikan di KPM.
Di samping itu, KPM juga mempunyai keperluan untuk berkongsi data dan laporan
dengan agensi atau pihak luar. Pada masa kini KPM menggunakan repositori sebagai
sumber bagi penghasilan pelaporan dan dashboard bagi pihak pengurusan KPM dan
sebagai sumber bagi perkongsian data dengan pihak luar. Namun begitu terdapat
kekangan bagi memenuhi keperluan semasa dan pertambahan data yang makin
meningkat.
Justeru, merupakan keperluan untuk KPM mewujudkan Gudang Data yang akan
menjadi sumber data tunggal dan berpusat. Gudang Data ini mempunyai pelbagai
koleksi maklumat bagi membantu pihak pengurusan KPM dalam membuat
perancangan dan keputusan strategik yang lebih cepat, berkesan serta menyeluruh
dengan berpacukan data.
EDW menyimpan dan menghasilkan data sejarah (historical data) yang diperoleh
daripada data transaksi pelbagai sistem aplikasi Kementerian yang berasingan,
maklumat dari pelbagai media serta data dari agensi luar. Tujuan utamanya adalah
untuk kerja-kerja analisis dan pelaporan. Ia bukannya dijadikan sebagai sumber kepada
aplikasi Kementerian bagi tujuan operasi harian.
33