Page 35 - KPM Pelan Transformasi ICT
P. 35
Bil Komponen Penerangan
Pengurusan Biasiswa dan Tajaan, Sistem
Pengurusan Aset, Sistem Kehadiran Berpusat dan
lain-lain. Data-data ini merangkumi sama ada data
berstruktur, data tidak berstruktur ( sebagai
contoh prosedur, polisi, e-mel, aduan) dan separa
berstruktur.
• Sumber Luaran : merujuk kepada data terkumpul
atau statistik yang disediakan oleh agensi luar
KPM. Juga merangkumi data tidak berstruktur dari
pelbagai medium seperti media sosial,
video/audio, halaman web dan sebagainya. Entiti
ini menyediakan data terkumpul kepada KPM
secara rutin (contohnya mingguan, setiap dua
minggu, setiap bulan dan sebagainya) dan
bukannya rekod transaksi. Data yang disediakan
akan membolehkan KPM membuat keputusan
strategik yang berpacukan data pada masa
hadapan secara menyeluruh dan holistik.
• Pengumpulan data daripada sumber ke EDW
boleh dilakukan melalui beberapa kaedah.
Antaranya:
(a) Extract, Transfer, Load (ETL) : Proses yang
merujuk kepada tiga langkah (ekstrak, ubah,
muat naik) yang bertujuan untuk
mengekstrak data daripada sumber dan
memuat naik ke storan data lain. Ia
menyediakan tiga (3) keupayaan dan sesuai
untuk data berstruktur dalam mod batch:
• Mengekstrak data daripada sumber data
berstruktur
• Mengubah data dan menyesuaikannya
untuk dimuat naik ke dalam tasik data
• Menetapkan rutin untuk muat naik data
yang diubah dalam tasik data
(b) ESB: Lapisan pengangkutan untuk pertukaran
data dan mesej antara sistem secara masa
nyata. Ia juga menyediakan sambungan
selaras dan tidak selaras (fire and forget)
antara pelbagai aplikasi untuk komunikasi
35