Page 38 - KPM Pelan Transformasi ICT
P. 38

Bil    Komponen                 Penerangan
                                                              kenapa berlaku.
                                                           •  Analitik prediktif, yang menunjukkan perkara
                                                              yang boleh berlaku.
                                                           •  Analitik preskriptif, yang memberitahu perkara
                                                              yang perlu berlaku pada masa hadapan.


                                                 Jadual 2-4: Senarai Komponen EDW

                      2.2.4   Inisiatif B5: Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu untuk Sekolah (SPPB)



                              Inisiatif B5: Mewujudkan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu untuk
                              sekolah




                      Sistem  Pengurusan  Pentaksiran  Bersepadu  (SPPB)  merupakan  satu  sistem
                      pengurusan pentaksiran yang baharu, berterusan, dan menyeluruh bagi semua jenis
                      pentaksiran  Kementerian  Pendidikan  Malaysia.  Ia  bertujuan  untuk  memenuhi
                      keperluan berikut:
                           1.  Sistem pentaksiran yang berterusan dan menyeluruh.
                           2.  Merangkumi keupayaan proses yang dikendalikan pada setiap peringkat sama
                              ada  di  peringkat  Bahagian,  Jabatan  Pendidikan  Negeri,  Pejabat  Pendidikan
                              Daerah, dan sekolah.
                           3.  Mengautomasikan proses-proses manual sedia ada dengan lebih bersepadu.
                           4.  Menganalisis pencapaian dan perkembangan murid.

                      Di  bawah  merupakan  arkitektur  SPPB  yang  menunjukkan  aliran  proses  aktiviti
                      pentaksiran  yang  terdiri  daripada  pelbagai  pengguna  iaitu  Kementerian,  Bahagian,
                      JPN,  PPD  dan  Sekolah.  Pengguna  perlu  daftar  masuk  melalui  Sistem  IDMe  yang
                      berperanan  sebagai  gateway  kepada  SPPB.  Seterusnya  pengguna  akan  mengakses
                      modul  pentaksiran  yang  terdiri  daripada  13  modul.  SPPB  berintegrasi  dengan  tiga
                      pangkalan data iaitu:
                         i.   Pangkalan Data SPPB :  merupakan  pangkalan  data  utama yang  menyimpan
                             data pentaksiran.
                        ii.   Pangkalan  Data  Kod  Rujukan  :  yang  digunakan  untuk  merujuk  kod  mata
                             pelajaran
                        iii.   Pangkalan Data Institusi Pendidikan : yang digunakan untuk merujuk maklumat
                             institusi pendidikan contoh sekolah.







                                                           38
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43