Page 36 - KPM Pelan Transformasi ICT
P. 36
Bil Komponen Penerangan
berasaskan mesej.
(c) API : Satu set fungsi dan prosedur yang
digunakan untuk membolehkan akses kepada
maklumat dalam sistem. Sambungan API
merupakan kaedah utama pertukaran data
untuk sistem legasi.
(d) Syndication : Satu kaedah untuk berhubung
dengan suapan umum terutamanya yang
berasal daripada sumber berasaskan web
atau yang dilanggan (contohnya berita,
suapan pendidikan). Syndication data akan
menggunakan protokol komunikasi dan
perbendaharaan kata metadata yang
standard (contohnya Pertukaran Maklumat
dan Kandungan (ICE)).
2. Gudang Gudang data merupakan tempat bagi pengumpulan data
Data (EDW) secara berstruktur yang diperoleh daripada sumber
dalaman dan luaran KPM yang berasingan. Data-data ini
akan disimpan secara berpusat bagi memudahkan pihak
pengurusan KPM membuat analisis dan keputusan yang
strategik dan berkesan. Berikut ialah proses yang terlibat
bagi pengumpulan data ke EDW:
(a) Pembersihan, Penyatuan dan Pemadanan Data
• Data dari pelbagai sumber mempunyai format yang
tidak sama dan tidak seragam. Bagi memastikan
penggunaan yang konsisten dan lebih mudah, data-
data ini akan dibuat pembersihan terlebih dahulu
sebelum disusun, dipadankan dan disatukan ke
dalam skema yang telah ditetapkan bagi
memudahkan pengguna akhir membuat pertanyaan
dan menganalisis data.
• Semua data yang dimuatkan ke dalam EDW akan
dibersihkan dahulu. Ia akan menghasilkan data
yang bersifat konsisten dan tepat untuk diakses
oleh pengguna. Data awal daripada sumber data
dalaman dan luaran akan diselaraskan sebelum
disimpan ke dalam EDW. Ini boleh mengurangkan
36