Page 32 - KPM Pelan Transformasi ICT
P. 32
Bil. Modul Penerangan
7. Pemprofilan • Sistem Pemprofilan Pelajar menggunakan
Pelajar keupayaan analitik bisnes bagi menghasilkan profil
pembelajaran yang menyeluruh untuk setiap pelajar.
Profil pembelajaran tersebut membolehkan tenaga
pengajar memilih pendekatan dan kaedah
pengajaran yang sesuai berdasarkan corak
pembelajaran setiap pelajar.
• Penilaian seperti ujian kemahiran dan penilaian
minat pembelajaran menjadi asas dalam mengenal
pasti corak pembelajaran pelajar. Apabila
digabungkan dengan keputusan peperiksaan, sistem
tersebut boleh menentukan kekuatan dan
kecenderungan seseorang pelajar dalam
pembelajarannya dan seterusnya mencadangkan
cara pembelajaran yang terbaik. Maklumat ini
disediakan di Portal Awam untuk menjadi rujukan
ibu bapa dan tenaga pengajar.
• Sistem ini bermanfaat dalam usaha untuk
menentukan gaya pembelajaran yang berbeza
supaya proses pengajaran boleh tertumpu kepada
meningkatkan kekuatan pembelajaran dan
memperbaiki kelemahan pelajar dalam sesuatu mata
pelajaran. Pelajar, tenaga pengajar dan ibu bapa
mengakses sistem ini melalui akaun pengguna
masing-masing menerusi portal KPM.
8. Analitik dan • Penghasilan pelaporan dan statistik bagi keperluan
Pelaporan pemegang taruh melaksanakan analisis berkaitan
pengurusan pelajar bagi membantu membuat
keputusan.
Jadual 2-3: Senarai Modul untuk Sistem Pengurusan Pelajar
32