Page 29 - KPM Pelan Transformasi ICT
P. 29
Bil. Modul Penerangan
tahun. Pengiraan mata merit dipengaruhi oleh
kehadiran, jawatan yang dipegang dan perwakilan
peringkat daerah, negeri dan negara. Pengiraan
peratus akan dibuat berdasarkan markah yang
dimasukkan oleh guru sepanjang tahun
persekolahan.
c) Memantau kehadiran pelajar: Aktiviti
kokurikulum memainkan peranan dalam
pengiraan mata merit tambahan pelajar. Modul ini
memantau penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum yang boleh menyumbang peratusan
kepada skor peperiksaan akhir pelajar.
d) Menyokong pencarian bakat: Penglibatan dalam
bidang sukan dan perwakilan di peringkat sekolah,
daerah, negeri dan negara akan memberikan mata
merit kokurikulum kepada pelajar. Sistem
Pengurusan Pelajar menggunakan data ini untuk
menyediakan laporan tentang pelajar yang bergiat
aktif dalam bidang sukan dan memberikan
laporan tersebut kepada Majlis Sukan Negara
(MSN) melalui pengintegrasian sistem. Laporan ini
membantu agensi berkenaan dalam proses
pencarian bakat sukan yang baharu dan
menawarkan tempat di sekolah sukan terpilih.
e) Membina profil pembelajaran pelajar: Laporan
penglibatan pelajar yang dikeluarkan oleh sistem
ini membantu menyediakan maklumat yang
diperlukan untuk membina profil pembelajaran
pelajar. Penglibatan pelajar dalam sesebuah kelab
dan persatuan menentukan minat dan gaya
pembelajaran pelajar dengan menggunakan
kaedah analitik.
4. Disiplin dan • Merujuk kepada pemantauan tingkah laku pelajar
Pembangunan dan tindakan pada merit/ demerit bagi menjalani
Sahsiah program pembangunan sahsiah serta disalurkan
kepada Bahagian/ JPN/ PPD*, jika berkenaan.
Setelah bersetuju dengan tindakan, ibu bapa/
penjaga/ pelajar akan dimaklumkan melalui portal/
aplikasi mudah alih.
29