Page 27 - KPM Pelan Transformasi ICT
P. 27

Bil.      Modul                       Penerangan
                                                          diperlukan (contohnya salinan MyKad, MyKid,
                                                          bukti alamat dan bukti perkahwinan).


                                                        b)  Pengesahan maklumat secara dalam talian:
                                                            Pengesahan awal boleh dilakukan oleh sistem.
                                                            Keputusan pengesahan tersebut akan
                                                            dimaklumkan kepada bahagian terlibat melalui
                                                            e-mel.


                                                        c)  Bantuan dalam membuat keputusan:
                                                            Kelulusan akan diberi berdasarkan
                                                            kekosongan tempat di sekolah yang dimohon
                                                            yang diperoleh daripada Sistem Pengurusan
                                                            Institusi Pendidikan serta pengesahan
                                                            dokumen yang diserahkan. Berpandukan
                                                            maklumat ini, PPD atau bahagian berkaitan
                                                            boleh membuat keputusan yang sewajarnya.
                                                            Walau bagaimanapun, sebarang permohonan
                                                            rayuan mungkin masih perlu dipertimbangkan.

                                                        d)  Menyokong pertukaran antara jenis sekolah

                                                            yang berbeza: Modul ini merangkumi sekolah
                                                            kebangsaan, sekolah seni, sekolah sukan dan
                                                            sekolah agama. Ini bagi menyokong proses
                                                            pertukaran antara sekolah daripada jenis yang
                                                            berbeza (contohnya dari sekolah kebangsaan
                                                            ke sekolah seni) dengan menghantar tindakan
                                                            secara automatik ke bahagian yang berkaitan
                                                            untuk mendapatkan kelulusan dan
                                                            pengesahan penempatan.

                                                        e)  Menyokong pertukaran ke lokasi yang
                                                            berbeza: Termasuk pertukaran dalam daerah

                                                            yang sama, pertukaran antara daerah dan
                                                            pertukaran antara negeri yang berbeza.
                                                            Melalui penyelesaian sistem tunggal,
                                                            pertukaran ini mudah apabila maklumat
                                                            kekosongan daripada Sistem Pengurusan
                                                            Institusi Pendidikan dan kelulusan daripada
                                                            PPD/JPN diperoleh secara automatik melalui
                                                            sistem. Maklumat sekolah terkini pelajar






                                                           27
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32