Page 22 - KPM Pelan Transformasi ICT
P. 22
iv. Lepasan sekolah menengah : Meliputi pelajar lepasan SPM atau yang setara iaitu:
(a) Matrikulasi: Matrikulasi merujuk kepada program yang mempersiapkan
pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam kursus sains,
teknologi dan seni profesional di universiti awam dan swasta. Matrikulasi
mengguna pakai kaedah pembelajaran yang hampir sama dengan universiti
melalui tawaran kursus seperti perakaunan dan sains.
(b) Kolej Tingkatan 6: Sama seperti matrikulasi, Kolej Tingkatan 6 menyediakan
pelajar yang berkelayakan untuk memasuki universiti, dengan memberi fokus
kepada kemahiran kognitif dan soft skills.
(c) Kolej Vokasional: Kolej Vokasional memberikan alternatif pembelajaran
praktikal kepada pelajar yang cenderung ke bidang sains dan teknologi bagi
memenuhi keperluan tenaga manusia dalam sektor perindustrian.
(d) IPG: IPG ialah institusi pendidikan yang memberikan latihan kepada pelajar
untuk menjadi guru sekolah rendah. IPG menawarkan kursus diploma dan
ijazah sama seperti universiti tetapi menumpukan perhatian kepada
pelaksanaan penyampaian pendidikan.
(e) Prauniversiti (Sekolah Sukan Malaysia): Program asas yang menyediakan
pelajar lepasan SPM untuk menyertai kursus ijazah di universiti di bawah
program Majlis Sukan Negara.
Modul Sistem Pengurusan Pelajar
Sistem Pengurusan Pelajar mengandungi lapan (8) modul utama yang boleh ditambah
baik pada masa hadapan sekiranya ada keperluan. Modul tersebut merangkumi kitar
hayat teras yang berbeza untuk pelajar daripada prasekolah, sekolah rendah, sekolah
menengah sehingga lepasan sekolah menengah. Sistem Pengurusan Pelajar ini saling
berinteraksi dengan modul yang lain dalam sistem yang sama ataupun daripada sistem
yang lain sama ada sistem dalaman atau sistem luaran daripada agensi yang berkaitan.
22