Page 18 - KPM Pelan Transformasi ICT
P. 18
2. Penambahbaikan WAN di Sekolah dan Institusi Pendidikan
(a) Penambahbaikan rangkaian WAN bagi menyokong akses dan pengoperasian
rangkaian yang lebih baik di institusi pendidikan dan sekolah KPM.
(b) Mewujudkan rangkaian WAN KPM bersepadu bagi menyokong perkongsian
data dan sumber secara efektif antara pihak berkepentingan KPM termasuk
Bahagian, Agensi (JPN, PPD dan pejabat KPM), Institusi Pendidikan dan
sekolah.
3. Penambahbaikan LAN di Pejabat KPM
(a) Menambah baik Infrastruktur Rangkaian LAN bagi menyokong pengoperasian
pejabat KPM termasuk Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) dengan kemudahan rangkaian tanpa wayar.
(b) Melaksanakan perolehan peralatan rangkaian bagi menggantikan peralatan
yang telah usang dan melupuskan peralatan bermasalah yang telah mencapai
akhir tempoh hayat serta tidak boleh digunakan lagi.
Bagi tiga (3) strategi tersebut, ia akan dilaksanakan secara berfasa mengikut skop
pelaksanaan seperti berikut:
Bil. Program Skop
Jangka Pendek
1. Menambah baik WAN • Menyediakan perkhidmatan akses Internet
melalui Projek Perolehan kepada agensi, institusi pendidikan dan
Perkhidmatan Internet sekolah bagi menggantikan Kontrak
Bagi Agensi, Institusi Pelanjutan Kelima Pakej Interim
Pendidikan Dan Sekolah Perkhidmatan Internet melalui kaedah
Kementerian Pendidikan penyaluran peruntukan oleh BPM bagi
Malaysia Perolehan sebut harga atau pembelian
terus oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ).
Jangka Sederhana
2. Menambah baik LAN dan • Menyediakan perkhidmatan
WAN di Sekolah dan ketersambungan Rangkaian LAN dan
Institusi Pendidikan Kawasan Luas (WAN) di institusi
melalui Projek Peluasan pendidikan KPM serta diuruskan secara
Pelaksanaan Kelas Hibrid berpusat.
18