Page 20 - KPM Pelan Transformasi ICT
P. 20

2      Inisiatif B1: Sistem Aplikasi Teras Baharu (MOEIS)

                           Inisiatif  B1:  Membangunkan  sistem  aplikasi  teras  baharu  yang  berpusat
                          Sistem  Pengurusan  Pelajar,  Sistem  Pengurusan  Pengajar  dan  Sistem
                          Pengurusan Institusi Pendidikan untuk menyokong pengurusan pendidikan


                      Operasi KPM secara umumnya melibatkan entiti teras dalam sistem pendidikan iaitu
                      pelajar,  pengajar  dan  institusi  pendidikan.  Pengurusan  kesemua  entiti  tersebut
                      melibatkan personel KPM di semua peringkat iaitu daripada bahagian hingga institusi

                      pendidikan. Pengurusan entiti ini melibatkan sebilangan besar pemegang taruh KPM
                      iaitu pelajar dan pengajar yang mencecah hampir 5.5 juta orang, personel di Bahagian,
                      JPN dan PPD serta ibu bapa/ penjaga.   Hala tuju ke hadapan, KPM akan melaksana
                      inisiatif bagi membangunkan aplikasi teras yang bersepadu dan berpusat merangkumi
                      pengurusan  berkaitan  pelajar,  pengajar  dan  institusi  pendidikan  bagi  memastikan
                      operasi  yang  menyeluruh,  seragam  dan  efisien.    Aplikasi  ini  perlu  menjadi  sumber
                      utama data tunggal bagi maklumat dan data berkaitan pelajar, pengajar dan institusi
                      pendidikan.

                      Dalam  memastikan  sistem  pengurusan  berkaitan  operasi  teras  yang  lebih  efektif,
                      berikut ialah tiga (3) aplikasi teras yang menyokong pengurusan pelajar, pengajar dan
                      institusi pendidikan iaitu:

                        Bil.      Sistem                                Penerangan


                          1.   Sistem          Aplikasi bersepadu yang menyokong secara menyeluruh
                               Pengurusan      pengurusan pelajar bermula daripada proses pendaftaran
                               Pelajar         sehingga tamat pengajian di semua jenis institusi
                                               pendidikan.

                                               Aplikasi ini perlu merangkumi pengurusan pelajar bagi
                                               semua peringkat berikut:
                                                  •  Prasekolah hingga sekolah menengah.

                                                  •  Lepasan sekolah menengah dan pra-universiti
                                                      seperti Tingkatan 6, Matrikulasi, Kolej Vokasional
                                                      dan IPG.


                        2.     Sistem          Aplikasi bersepadu yang menyokong secara menyeluruh
                               Pengurusan      pengurusan pengajar yang diuruskan oleh KPM di
                               Pengajar        Bahagian dan JPN/PPD bagi menyokong pengurusan
                                               perancangan sumber, kemasukan, penilaian prestasi,
                                               kenaikan pangkat, pertukaran, disiplin dan pembangunan
                                               sahsiah, latihan dan pengurusan penamatan pengajar.


                                                           20
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25