Page 24 - KPM Pelan Transformasi ICT
P. 24

Bil.      Modul                       Penerangan
                                                      f)  Sekolah Sukan Negeri


                                                      g) Prasekolah, Sekolah Rendah & Sekolah
                                                        Menengah (Program Sekolah Dalam Hospital)

                                                      h) Prasekolah, Sekolah Rendah & Sekolah
                                                        Menengah (Pendidikan Khas)

                                                      i)  Institusi Pendidikan Swasta


                                                      j)  Pendidikan Lepas Menengah

                                                      k) Sekolah Sukan Malaysia (Prauniversiti)

                                                      l)  Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)


                                                  •  Berikut ialah keperluan yang menyokong proses
                                                      pendaftaran menjadi lebih mudah melalui
                                                      pelaksanaan modul berikut:

                                                  •  Integrasi dengan Jabatan Pendaftaran Negara:

                                                      Membolehkan sebahagian daripada maklumat
                                                      dilengkapkan secara automatik untuk
                                                      mengurangkan proses kemasukan data oleh ibu
                                                      bapa apabila mereka mendaftarkan anak mereka ke
                                                      sekolah. Modul ini juga sesuai bagi memantau tahap
                                                      keciciran pelajar dengan mengenal pasti perbezaan
                                                      antara bilangan data kemasukan dengan bilangan
                                                      data yang diperoleh daripada JPN.


                                                  •  Kemampuan pendaftaran dalam talian:
                                                      Mengurangkan interaksi fizikal dengan ibu bapa.
                                                      Proses ini memerlukan ibu bapa atau penjaga untuk
                                                      mengimbas dokumen yang diperlukan (contohnya
                                                      salinan MyKad, MyKid, bukti alamat dan bukti
                                                      perkahwinan). Pengesahan akan dilakukan oleh
                                                      sistem dan keputusan permohonan akan
                                                      dimaklumkan kepada ibu bapa melalui e-mel.
                                                      Integrasi dengan agensi kerajaan yang lain akan
                                                      membolehkan semakan silang maklumat dilakukan
                                                      dengan lebih cekap dan tepat.


                                                  •  Cadangan sekolah berdasarkan lokaliti pelajar:
                                                      Membolehkan sistem menentukan sekolah yang

                                                           24
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29