Page 26 - KPM Pelan Transformasi ICT
P. 26

Bil.      Modul                       Penerangan
                                                      berdasarkan aktiviti yang diperlukan semasa proses
                                                      kemasukan. Sama seperti pendaftaran ke pelbagai

                                                      jenis sekolah, interaksi akan menjadi lebih mudah
                                                      dengan menggunakan automasi proses bisnes.
                                                      Pemberitahuan akan dihantar kepada pegawai yang
                                                      bertanggungjawab apabila terdapat tindakan yang
                                                      perlu diambil berdasarkan proses penghalaan
                                                      automatik yang ditetapkan. Modul ini akan
                                                      membantu menyediakan perkhidmatan yang lebih
                                                      cekap dan efisien kepada orang awam.

                        2.      Pengurusan        •  Modul ini bagi memenuhi keperluan permohonan
                                Pertukaran            pertukaran antara jenis institusi pendidikan yang
                                                      berbeza dan pertukaran antara dalam negeri.
                                                      Permohonan boleh dikemukakan oleh ibu bapa/
                                                      penjaga/ pelajar melalui portal/ peranti mudah alih
                                                      atas sebab-sebab seperti jarak institusi ke rumah
                                                      kediaman, keutamaan kepada adik-beradik yang
                                                      berada di sekolah yang sama serta pertukaran
                                                      kursus di semua peringkat pengajian. Setelah

                                                      penilaian permohonan pertukaran dilakukan oleh
                                                      Bahagian/ JPN/ PPD, penempatan dilakukan
                                                      berdasarkan sekolah yang tersedia melalui Sistem
                                                      Pengurusan Pelajar.


                                                  •  Modul ini memproses pertukaran pelajar dari
                                                      sebuah sekolah ke sekolah yang lain berdasarkan
                                                      kriteria yang ditetapkan. Modul ini boleh diakses
                                                      melalui Portal Awam dan Dalaman Kakitangan
                                                      dengan menggunakan borang dalam talian.


                                                  •  Modul ini memberikan kemudahan kepada ibu bapa
                                                      dan JPN/PPD untuk memproses pertukaran pelajar
                                                      yang kompleks melalui modul berikut:

                                                      a)  Kemampuan membuat permohonan secara
                                                          dalam talian: Modul ini bertujuan untuk
                                                          mengurangkan keperluan interaksi fizikal antara
                                                          ibu bapa, PPD dan pihak sekolah. Walau
                                                          bagaimanapun, proses ini memerlukan ibu bapa
                                                          untuk mengimbas semua dokumen yang




                                                           26
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31