Page 31 - KPM Pelan Transformasi ICT
P. 31
Bil. Modul Penerangan
pemantauan kehadiran pelajar ke sekolah dan
memaparkan rekod pelajar yang tidak hadir ke
sekolah untuk sesuatu tempoh supaya tindakan
sewajarnya boleh diambil.
5. Penamatan • Memenuhi keperluan penamatan pelajar yang
mungkin disebabkan oleh penamatan pengajian,
penamatan secara sukarela dan tidak. Berdasarkan
pada sebab-sebab penamatan, ibu bapa/ pelajar/
penjaga akan dimaklumkan melalui portal/ aplikasi
mudah alih tentang surat penamatan pengajian/
surat penggantungan/ surat pemberhentian atau
surat penarikan diri yang dikeluarkan oleh pegawai
sekolah.
6. Pengurusan • Sistem Pengurusan Pelajar merupakan aplikasi teras
Rekod yang berfungsi untuk menyimpan semua maklumat
berkaitan pelajar. Semua data yang disimpan dalam
sistem ini boleh diakses oleh sistem dalaman dan
luaran KPM melalui integrasi yang menggunakan
API dan perkhidmatan web yang dilakukan melalui
ESB dan Gerbang API.
a) Profil pelajar: Sistem Pengurusan Pelajar akan
mengumpul dan menyemak maklumat yang
berkaitan daripada sistem lain melalui integrasi
untuk mewujudkan profil pelajar yang lengkap.
Profil ini akan menggabungkan data seperti
keputusan peperiksaan, maklumat sekolah,
kehadiran dan mata pelajaran/aliran yang diambil
daripada sistem lain. Modul ini menyediakan
maklumat profil pelajar kepada pengguna yang
mempunyai akses melalui portal.
b) Pengesan (Tracer): Pengesan dalam modul ini
menyediakan maklumat tentang status semasa
pelajar. Modul ini akan mengandungi maklumat
tambahan bagi mengenal pasti sama ada pelajar
sedang meneruskan pengajian, sudah bekerja
atau berhenti sekolah.
31